Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 18, 2015

Beliau hanya "nak cari makan"?

Pengerusi baharu PAC perlu letak jawatan, kata Gobind 
Published: 18 November 2015 5:55 PM
Ahli Parlimen DAP Gobind Singh berkata, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin tidak bebas untuk terus menjadi pengerusi panel ahli Parlimen yang dianggotai kedua-dua bahagian politik itu dan perlu meletakkan jawatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 November, 2015.

Ahli Parlimen DAP Gobind Singh menuntut peletakan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin yang terdahulu hari ini berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak semestinya akan dipanggil memberi keterangan dalam siasatan ke dalam firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Wakil rakyat Puchong itu berkata, kenyataan Hasan kepada pemberita berhubung perkara itu adalah "memalukan" dan menunjukkan beliau tidak bebas untuk terus menjadi pengerusi panel ahli Parlimen yang dianggotai kedua-dua bahagian politik itu.
"Pengerusi PAC mesti meletak jawatan sekarang kerana beliau tidak bebas," katanya selepas mencelah ucapan perbahasan ahli Parlimen Kulai daripada DAP Teo Nie Ching pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
"Ini standard yang kita ada pada seorang pengerusi sebuah jawatankuasa yang sangat berkuasa. Ini memalukan dan mengaibkan."
Gobind merujuk kepada cubaan Hasan meremehkan isu sama ada Najib akan dipanggil memberi keterangan mengenai syarikat sarat hutang 1MDB yang diilhamkannya, mengatakan beliau hanya "nak cari makan". – 18 November, 2015.

1 comment:

  1. Datuk Hasan Arifin sememangnya perlu menyatakan begitu jika tidak, selepas ini mungkin helikopter yang dinaikinya nanti merudum le! Kesian JJ, entah-entah ada musang berbulu ayam dalam episod terdahulu, siapa tahu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa