OLEH KC NAZARI
Published: 18 November 2015 1:19 PM
Yapeim mengaku dokumen yang digunakan NOW dalam dakwaannya terhadap lawatan Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke luar negara adalah betul tetapi tidak mengandungi dokumen sepenuhnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 18 November, 2015.
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) hari ini mengaku dokumen yang digunakan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) dalam dakwaannya terhadap lawatan Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke luar negara adalah "betul tetapi tidak mengandungi dokumen sepenuhnya".
Pengarah undang-undang Yapeim Datuk Mohd Naser Disa berkata, siri dakwaan Pengarah NOW Akmal Nasir itu bersifat "separuh masak" kerana tidak "mendapatkan penjelasan Yapeim sebelum membuat kesimpulan".
"Dokumen itu dokumen yang betul, tetapi tak mengandungi dokumen sepenuhnya.
"Daripada RM440,000 yang didakwa digunakan membiayai lawatan menteri ke Iowa dan Minnesota, menteri sebenarnya hanya pergi ke Washington DC saja," katanya kepada pemberita selepas mengiringi ketua pengarah Yapeim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, pagi ini.
Menurut Naser, Yapeim tidak risau akan reputasi mereka tetapi lebih risaukan perasaan penerima sumbangan Yapeim yang kini tertekan dengan dakwaan tersebut yang juga menjejaskan industri pajak gadai Islam Ar-Rahnu.
"Apa yang NOW buat sekarang ini menjejaskan penerima (bantuan Yapeim). Ia juga boleh menjejaskan industri Ar-Rahnu," katanya kepada pemberita.
Naser juga memberitahu wartawan, Jamil sendiri sebenarnya membayar semula sebahagian daripada perbelanjaan yang dibayar Yapeim bagi lawatan itu.
"Contohnya, perbelanjaan RM440,000 itu, dia (Akmal) tidak mengambil kira jumlah yang dibayar balik menteri," katanya.
Ditanya jika pihak Yapeim boleh memberikan perincian jumlah yang dijelaskan Jamil itu, Naser berkata perkara itu sudah dijelaskan dalam kenyataan media Yapeim semalam (17 November).
Namun, semakan The Malaysian Insider mendapati, Yapeim sehingga kini belum pernah mengumumkan jumlah yang didakwa dibayar semula Jamil itu.
Sementara itu, Ketua Pengarah Yapeim Datuk Abibullah Samsuddin dalam laporannya menggesa polis bertindak terhadap NOW yang didakwa "mencuri" dokumen Yapeim dan "memutarbelitkan fakta bagi memfitnah" Yapeim dan Jamil.
NOW sebelum ini mendakwa Yapeim membiayai lawatan Jamil yang menelan belanja RM410,978 ke Amerika Syarikat antara 21 hingga 29 Mei 2014 yang dibayar menggunakan dana Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin).
Yapeim dalam jawapannya berkata, perbelanjaan tersebut mengikut prosedur ditetapkan.
NOW juga mendakwa Yapeim membelanjakan RM290,000 bagi mengadakan kursus kahwin di Paris dan mempersoalkan sama ada Jamil turut diterbangkan ke Paris bagi menghadiri kursus itu.
Yapeim dalam jawapannya berkata, program itu memanfaatkan pelajar Malaysia di luar negara dan 10 orang melangsungkan perkahwinan daripada kursus itu.
Kursus itu juga katanya, antara lain, bertujuan mengekang budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di kalangan rakyat Malaysia. – 18 November, 2015.
Nak tanya juga Yapeim adakah pemegang amanah derma orang ramai wajar menguruskan seperti syarikat persendirian? Jika mereka bermaruah dan menjaga maruah Islam patutkah menjelaskan bahawa keuntungan hasil perniagaan yang asalnya dari kutipan sebagai tidak salah? Sepatutnya moral dan maruah seorang Islam tidak menyalahgunakan sebarang bentuk keuntungan dari sumber derma. Jika cuma gaji yang berpatutan masih dianggap baik tetapi gaji dan majlis yang dianjur nampak pembaziran adalah tidak boleh. Janganlah jadikan derma dan sedekah sebagai keuntungan tetapi jadikanlah sebagai tanggungjawab. Lihatlah di luar masih ramai orang-orang Islam yang susah dan miskin. Mereka merempat untuk mendapatkan bantuan. Di Malaysia kutipan zakat beratus juta, Yapiem juga mendapatkan kutipan derma beratus juta tetapi kenapa masih ramai orang-orang Islam yang masih susah? Anak-anak orang Islam tak mampu ke universiti? Jika mereka yang layak diberikan keutamaan maka tiada orang-orang Islam yang akan merempat di Malaysia. Di Malaysia juga cukup banyak birokrasi untuk golongan yang layak untuk menerima bantuan tetapi bila golongan bangsawan dan mereka berkuasa maka dengan berbagai alasan dan fatwa akan dikeluar untuk menghalalkannya. Semoga Allah melaknati mereka yang menyalahgunakan hak-hak anak-anak yatim dan golongan susah. Amin
ReplyDeleteInilah kalau kita memberi kepercayaan kepada manusia yg mengaku Islam tapi tidak amanah, nanti kamu rasakanlah azab siksaan yg pedih diatas perbuatan kamu yg mengunakan duit anak2 yatim yg disumbangkan oleh orang ramai untuk majlis yg tidak mendatangkan hasil pada anak2 yatim, kenapa mengunakan wang derma untuk kursus perkahwinan diluar negara, jangan nak beri alasan bodoh untuk kamu menegakan benang yg basah, sila bayar balik semua wang yg kamu gunakan, kami berharap SPRM membuat siasatan terperinci dalam kes ini, manusia saperti ini tidak patut dilindungi, memalukan agama dan bangsa melayu
DeleteAAAAMIIIIIIIIIIIIIIIIN !!!!!!!!!!!
ReplyDeletesori ye yapeim...aku dan ramai kawan2 aku dah berhentikan potongan gaji ke yapeim...aku tak bole terima duit amanah dibelanjakan sebegitu untuk tujuan selain dari tujuan asalnya...aku tak halal dunia akhirat.
ReplyDeleteaku dah berhentikan potongan gaji ke yapeim...aku x halalkan jika wang potonngan aku tu digunakan selain dari tujuan asal membantu golongan miskin..
ReplyDeleteDi Malaysia ni, kalau org berkedudukan dan berpengaruh boleh melakukan apa juga kesalahan dan ia dianggap betul dan ramai puak dari kumpulan mereka akan menyokongnya. Pihak berkuasa pula sibuk mencari pemberi maklumat bukannya mencari orang yg melakukan kesalahan.
ReplyDeleteBila kantoi je mesti kata bayar balik. Bila bayar balik? Selepas atau sebelum Akmal dedahkan penyelewengan? Kepada AJK masjid dan surau : kalau dapat tangkap budak2 yg curi duit tabung surau/masjid jangan lagi belasah mereka sebab mereka nie jauh lebih baik dari menteri ugama tu.
ReplyDeleteAnon 10:32pm
ReplyDeleteJika dibayar balik wang itu sebelum Akmal mendedahkan penyelewengan sekalipun, proses dari mula lagi telah menunjukkan wujud ketempangannya. Secara prinsip, wang itu hanya untuk membantu orang Islam yang memerlukan terutamanya anak yatim, bukan untuk mengadakan kursus kahwin di Paris dll kisah tu. Secara analoginya ibarat menggunakan wang dari syarikat judi untuk sesuatu tujuan, kemudian bayar balik wang itu sepenuhnya. Tapi orang UMNO ni bukannya nak kira halal atau haram, janji balun dulu!
Apa yg dilakukan dgn dana yapiem ni sama juga dgn kes salah guna wang zakat dulu utk bayar duit guaman jamil kucing ni. Perangai macam kucing dpn org buat bodoh, belakang org semua dia sapu. Sebab itu org bukan Islam langsung tak hormat kat pemimpin umno yg mengaku Islam tetapi perangai mengalahkan yahudi.
ReplyDeleteLepas ni mereka akan salahkan yahudi kononnya nak jatuhkan pemimpin Islam.Org melayu bersorak menyokong sampai terlucut kain pun tak sedar..........melayu mudah lupa.