Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 18, 2015

Logikkah kucing nak panggil rimau menghadap?

Saya hanya bergurau – Pengerusi PAC

 | November 18, 2015
Menjelaskan dengan lanjut, Hasan menyatakan beliau secara kebetulan mengaitkan kata-katanya itu dengan penyediaan makan tengah hari untuk para media.
Hasan-Arifin_1mdb_600KUALA LUMPUR: Kenyataan ‘saya pun cari makan’ oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin hanya gurauan untuk wujudkan suasana lebih mesra dengan petugas media.
Beliau berkata, petugas media dimaklumkan agar kata-katanya tidak perlu dilaporkan.
“Kata-kata itu hanya sekadar gurauan. Sebelum ini, saya menyatakan buat masa ini PAC tiada keperluan memanggil Perdana Menteri,” ujarnya dalam satu kenyataan di Parlimen pada Rabu.
Menjelaskan dengan lanjut, Hasan menyatakan beliau secara kebetulan mengaitkan kata-katanya itu dengan penyediaan makan tengah hari untuk para media.
Beliau juga menyatakan mana-mana portal berita yang melaporkan kata-katanya, ‘saya pun cari makan’ sebagai sesuatu yang tidak beretika.
“Ia menjejaskan hubungan saya dengan petugas media serta reputasi saya selaku Pengerusi PAC dan ahli politik,” katanya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menggesa Hasan Arifin meletak jawatan dari jawatan Pengerusi PAC.
Gobind menggambarkan kenyataan Hasan memalukan selain menggambarkan Pengerusi PAC tidak bebas.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa