Persoalan yg ada dihadapan kita kini adalah kekalutan politik yg tidak menentu.Umno yg berhadapan dgn krisis keyakinan dan pergolakan dalaman tidak pula menghulurkan tangan mencari PENASIHAT.
Yang beria-ria bebenar hulurkan kepala tanpa WAJAH ialah PAS. Dikatakan semua pakar ada. Yg terbukti,kepakaran yg didakwa tidak pun mampu mengekalkan pemerintahan di Terengganu dan Kedah sebelum ini. Dikatakan DAP akan membuka judi dan arak jika kerajaan tempatan dibenarkan.
PAS mungkin lupa atau melupakan bagaimana Pulau Pinang tidak membenarkan kasino diluluskan. PAS juga mungkin lupa, judi bolasepak yg umno ingin luluskan telah ditentang oleh wakil DAP dengan cemerlang di Parlimen sehinggakan ianya dibatalkan. Kenyataan ini bukan melihat dari isu bangsa tetapi lebih kepada betul is betul, salah tetap salah waima siapa pun.
PAS tidak perlu bersendiwara utk bersaudara politik dgn Umno. Silakan......Yg menjadi persoalan ialah....TEATER YG DIMAINKAN ADALAH BEGITU JENGKEL DENGAN PENULISAN SKRIP YG TIDAK BERMUTU. SKRIPNYA TIDAK MENARIK. BOLEH DITEKA, HERO KEMANA DAN PENGHUJUNG CERITA KEADAAN HEROINNYA.
TEATER BERTAJUK " BERKECUALI" bakal kehilangan ummmpnya kerana senarai pelakonnya bukan mempunyai nilai komersial yg mampu menarik penonton!
NYAMUK MENGGIGIT
Kah kah kah
ReplyDeleteTepat sekali..
Kekadang pemahaman sesuatu akan mengajar kita lebih cerdik..sepatutnya kita memberi ruang pro and kontra..dan kita tengok akan keberhasilan selepas ini.
ReplyDeleteSebenarnya antara UMNO dan PAS sudah ada persefahaman, yang mana atas dasar strategi politik ianya tidak ingin diterjemahkan secara rasmi (PAS takut ahli2nya memberontak serta rakyat secara total menolak mereka). Persefahaman yang berdasarkan akad "assobiyah" ini adalah hasil kegerunan UMNO dan PAS atas kejayaan DAP meraih sokongan orang2 melayu yang ketika ini sedang mencari2 parti politik yang boleh mencantumkan ketiga2 elemen penting politik Malaysia iaitu "Islam, Melayu dan demokrasi yang bebas".
ReplyDeleteAtas dasar ingin menjulang "melayu yang islam (islam itu duduk dibelakang melayu, tingkat keberapa dibawah melayu hanya UMNO dan PAS sahaja yang tahu)" maka UMNO dan PAS bekerjasama bagi menghalang kemajuan DAP serta menyekat penerimaan orang melayu kepada ideologi keadilan, kesatuan dan kemajuan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. UMNO dan PAS yang bergantung kepada topeng bangsa dan agama tahu jika ideologi ini diterima oleh majoriti orang2 melayu maka keuntungan politik UMNO dan PAS akan tersekat. Jika politik Malaysia berupaya dijauhkan dari perselisihan bangsa dan penindasan agama, maka kedua2 UMNO dan PAS akan hancur sebagaimana hancurnya komunisme di Rusia dan negara2 eropah timur.
Oleh itu demi kelangsungan politik dan kepentingan pemimpin2 kedua2 parti ini maka wujudlah persefahaman untuk menewaskan DAP dan menghalang segala usaha pembebasan minda orang2 melayu dari kongkongan tempurung bangsa dan agama (islam itu bukan agama tetapi ianya AdDin, cara hidup. Agama atau takrifan sebenarnya iaitu label dan topeng hanyalah tipu daya yang didodoikan oleh ulamak2 PAS bagi memenjara minda umat islam). Rakyat perlu sedar bahawa kedua2 parti itu tidak mempunyai minat untuk menjaga atau melindungi kepentingan rakyat. UMNO dan PAS hanya berminat untuk menguasai rakyat demi kepentingan politik dan duniawi pemimpin2 mereka. Ini dapat dilihat secara jelas dalam pembentangan budget 2016 dimana UMNO membentangkan satu belanjawan boros (dimana JPM mendapat duit sebanyak 20bil) yang menzalimi serta memeras keringat rakyat demi membayar keborosan dan penyelewengan mereka saban penggal dan PAS yang kononnya parti pembangkang dan lawan kepada UMNO, berdiam diri malah mengharuskan rakyat dicukai secara zalim demi sebuah kerajaan yang tidak amanah, boros dan korup. Action speak louder than words. UMNO dan PAS adalah satu pakatan yang sedang melawan kehendak rakyat. Fikir2kanlah wahai umat!
Nick.
Cape Tiger.
Nick......you are the man......terbaeeeeek.......kipidap.
ReplyDelete