| BORHAN AHMAD
Asyraf umumkan Khairudin akan bersamanya sambil tersenyum di Dewan Rakyat.
Ketika menolak untuk memberikan laluan kepada Khairudin dalam sessi penggulungan di Parlimen semalam, Asyraf berkata, Khairudin perlu sabar kerana beliau tidak mempunyai masa untuk memberikan laluan kepada beliau.
"Saya nak bagi sangat kepada YB Kuala Nerus, tetapi kerana masa diambil sudah terlalu panjang, saya ditegur oleh pengerusi.
"Apatah lagi YB Kuala Nerus akan bersama dengan kita," kata Asyraf ketika menolak permohonan Khairudin untuk bertanya soalan ketika beliau membuat penggulungan mengenai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Kenyataan Asyraf yang dibuat sambil tersenyum itu disambut oleh sorakan di kalangan ahli parlimen dan disambut oleh ahli parlimen Parit Buntar.
"Ini kenyataan nakal ni,"kata Datuk Dr Mujahid Yusof menjawab kenyataan Asyraf yang selama ini dikenali antara tokoh penghubung antara Umno dengan PAS.
Kenyataan Asyraf memberikan makna besar dalam politik Malaysia kerana Khairudin adalah antara tokoh yang dilihat rapat dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu mengadakan kerjasama dengan Umno.
Rakaman penggulungan dan pengumuman Dr Asyraf boleh dilihat di sini pada minit ke 6.
Adalah menjadi kepakaran pemimpin UMNO memutar belit sesuatu isu supaya bertukar kepada isu yang lain. Persoalannya adalah mengapakah wang yang disumbangkan oleh penderma yang bertujuan untuk membantu orang miskin dan juga anak yatim, dipergunakan untuk perkara yang tiada mengena langsung dengan matlamat YaPEIM itu sendiri? Penyalahgunaan kuasa terutamanya dalam perbelanjaan wang oleh pemimpin UMNO telah banyak berlaku seperti NFC dulu. UMNO dan aktiviti menyamun, tidak boleh dipisahkan.
ReplyDeleteSelepas ini malaysia negara ku tercinta tidak terpalit lg dengan ketirisan dan kebejatan kerana hadi akan menjadi penasihat krajaan. Hadi mampu kerana beliau ulamak berstatus dunia. Dan kaum kerabat serta pendukung pascai kampung boleh terima dan akur krn ulamak latihan hadi akan mencari dalil quran dan hadis unt menghalal perlakuan huduh spt ini.
ReplyDelete