Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 19, 2015

Larang debat: PAS bimbang terkuak dan terlondeh?

PAS larang debat walau Mustafa-Husam bersedia


Walaupun Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan ADUN Salor Datuk Husam Musa bersedia untuk berdebat, namun hasrat mereka untuk berbuat demikian tidak kesampaian.
Ini kerana, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS melarang sebarang debat atau dialog yang dibuat di luar parti.
"Kita tak mahu sebarang debat dan dialog di luar parti. Kita tidak akan benarkan mana-mana pihak menganjurkan debat antara mereka.
"Ini adalah arahan gag order yang dikenakan kepada semua melibatkan pimpinan termasuk Husam, Mustafa Ali dan penganjur," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, Mustafa menyambut baik hasrat Datuk Husam Musa yang menyahut cadangannya berdebat mengenai isu kepimpinan PAS mahu bergabung dengan Umno sejak pilihan raya umum 2008.
Enggan menjawab tuduhan daripada jauh, Mustafa berkata kedua-dua pihak bersetuju majlis 'bersemuka' itu diadakan di Kota Bharu tetapi akan menetapkan tarikh dan masa selepas dipersetujui kedua-dua pihak.
"Terima kasih kepada Datuk Husam Musa kerana menyambut baik cadangan saya supaya diadakan majlis bersemuka untuk meleraikan beberapa kenyataan dan tuduhan beliau terhadap pimpinan PAS sebagaimana yang diketahui umum.
"Sebagaimana yang telah ditegaskan, saya tidak akan mejawab segala tuduhan ini dari jauh, sebab itulah majlis bersemuka ini dicadangkan.
"Beliau meminta saya mencadangkan tajuk dan tarikh majlis ini. Tajuknya ialah mengenai tuduhan beliau bahawa presiden PAS sejak pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah berusaha untuk membawa PAS bersatu dan bergabung dengan Umno," katanya.
Semalam Husam yang juga ADUN Salor bersedia berdebat secara terbuka dengan Mustafa bagi membuktikan terdapat pertemuan antara PAS dan Umno pada 2008.
Dalam kenyataannya, Mustafa berkata mereka juga perlu mencari penganjur memandangkan Husam menolak cadangan Pemuda PAS Kelantan untuk berbuat demikian,
"Kita akan melihat cadangan dan tawaran lain yang sesuai dan boleh dipersetujui bersama. Demikian juga moderator, perlulah seorang tokoh yang boleh diterima dan dipersetujui bersama," ujarnya lagi.

11 comments:

  1. hahahaaha...

    aku dah agak daaa.... mesti batal punya...

    tp aku ingat ada org akan masuk hospital... excuse tak nak debat...

    ReplyDelete
  2. SUA pas keluar kenyataan tersebut daripada arahan siapa????????. kenapa takut sangat untuk mencari kebenaran. dari sini dah nampak perjalanan pas dah tak betul.

    ReplyDelete
  3. belajo dari kawan baru dio

    ReplyDelete
  4. belajo dari geng baru dio

    ReplyDelete
  5. Hendak adakan majlis bersemuka antara Mustafa Ali dan Husam Musa, tetapi PAS mahu ia dibuat dalam acara tertutup. Ini menunjukkan wujudnya agenda ular dalam semak!

    Hey come on la, lu olang PAS lider sula bikin tuduh-tuduh cala tebuka olang suma sula tau, sikalang apa pasat lu olang mau diskas lalam tutup punya ploglam. Apa cilita lu olang mau tutup, takmo kita olang tau, apa pasat?

    ReplyDelete
  6. Dah rupa umno aku tgk lebai2 nih..

    ReplyDelete
  7. Siapa nak kena talak bini, wahai pengikut paspispus tinggalkan pas, jgnlah bersubahat dah jelas dah...

    ReplyDelete
  8. Masa Mustafa Ali cabar Husam tak pulak kata tak boleh..bila Husam sambut cabaran, dgn segera dimaklumkn x boleh, kena ikut saluran...dah elok la tu, nikah je. Dah banyak persamaannya....PASUMNO. Kan manis bunyinya

    ReplyDelete
  9. kah kah kah
    baru pecah lubang! ingatkan jadi penasihat UMNO, tiba-tiba dapat nasihat dari UMNO untuk batalkan debat.
    Debat tidak dibenar diluar parti, seorang peguam mesti buktikan dalam undang-undang dan peraturan mana larangan ini.

    ReplyDelete
  10. Mustapha ni acah je berani nak bersemuka dengan Husam.... dia dah tahu akhirnya parti akan larang! pigilaaa lu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa