Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 20, 2015

Benarkah BN mendapat malu?

Tahu malukah mereka?

PBB iktiraf Anwar tahanan politik memalukan BN
NIZAM ZAIN
19 NOVEMBER 2015

SHAH ALAM - Pengisytiharan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWGAD) yang mengiktiraf Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mangsa tahanan politik didakwa sesuatu yang memalukan Perdana Menteri dan Kerajaan BN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pendirian itu telah mencalar kewibawaan Perdana Menteri apabila tindakannya itu bertentangan dengan mesej kesederhanaan dan kedaulatan undang-undang yang diuar-uarkan kepada masyarakat antarabangsa.

"Kritikan dan kecaman terhadap pemenjaraan Anwar juga semakin kuat didengari di peringkat antarabangsa.

"Negara-negara seperti Australia dan Amerika Syarikat serta NGO Amnesty International dan tokoh agamawan, Syeikh Yusuf Qardawi menyuarakan kebimbangan mereka terhadap layanan kerajaan BN kepada Anwar.

"Sekarang ini ramai rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa yang berpendapat tegas bahawa perbicaraan Anwar hanyalah sandiwara pihak kerajaan dan sememangnya tidak punyai asas keadilan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

UNWGAD dilaporkan menyifatkan penahanan Anwar menyalahi undang-undang, dan layanan diberikan kepadanya di penjara melanggar larangan antarabangsa terhadap 'penyeksaan atau sebarang bentuk layanan lain yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghina'.

Persatuan PBB itu yang terdiri daripada pakar dari Australia, Benin, Mexico, Korea Selatan dan Ukraine berkata, penyelesaian kepada keadaan itu ialah dengan membebaskan Anwar dengan serta-merta.

Sehubungan itu, Nik Nazmi menyeru masyarakat antarabangsa menyampaikan kebimbangan mereka itu kepada petandbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tindakan ini penting bukan sahaja kerana beliau telah menjadi mangsa tahanan politik, tetapi beliau juga memerlukan rawatan pakar dengan kadar segera oleh kerana kesihatan yang semakin teruk," katanya lagi.

1 comment:

  1. Anwar ini Mandela ASIA

    Tu fakta

    Bangga kita ada Anak Melayu tahu jadi Melayu

    Yang lain banyak jadi Lahanat saja

    Paling standard jadi Mat Kampau

    Pau Pau Pau

    Mat Kampau !!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa