Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 4, 2017

Bahri tinggalkan SPRM berkaitan dakwaan terhadap Dr M?

 | January 3, 2017
Sumber mempersoalkan pemilihan masa kritikan Bahri terhadap kerajaan, kerana beliau sahaja boleh meletak jawatan pada kemuncak siasatan SRC
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pegawai anti-rasuah kanan meninggalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu lepas dikaitkan dengan pendedahan kepentingan perniagaan ahli keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut sumber.
Sumber yang biasa dengan siasatan SPRM terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibatalkan tahun lepas itu mempersoalkan pemilihan masa Datuk Bahri Mohamad Zain, yang meletakkan jawatan pengarah di bahagian operasi khas SPRM.
“Ia datang di tengah-tengah pendedahan bahawa anak-anak Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam lebih 400 syarikat termasuk entiti berkaitan kerajaan, dan kebanyakan berlaku apabila Dr Mahathir masih berkhidmat,” katanya.
“Jadi, adakah Bahri meletak jawatan kerana SRC atau adakah dia berasa dikhianati oleh kepura-puraan Mahathir?
“Jadi, mengapa Bahri bertahan sebegitu lama sedangkan beliau rasa ‘kecewa’?”
“Ini adalah soalan yang perlu dijawab. Bahri patut teruskan hidup, bukannya mendatangkan mudarat lagi kepada negara,” tambah sumber.

Bahri hari ini memberitahu FMT yang beliau memilih untuk bersara awal kerana kecewa dengan cara pihak berkuasa menangani siasatan terhadap SRC International, anak syarikat 1MDB yang disiasat sejak 2015.
“Bukan sahaja kecewa, malah saya rasa amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC International tidak boleh dibawa ke mahkamah,” katanya kepada FMT, hari ini.
Tetapi sumber itu, yang mahu identitinya dirahsiakan, berkata Bahri sepatutnya meletakkan jawatan “tahun lepas atau pada 2015” sekiranya betul beliau berasa bersalah mengenai SRC International.
Bahri antara orang penting SPRM pada kemuncak siasatan terhadap 1MDB tahun lepas.
Beliau antara yang disoal polis berhubung kebocoran kertas pertuduhan yang dikatakan disediakan oleh SPRM untuk Datuk Seri Najib Razak, susulan pendedahan sejumlah RM2.6 bilion disalurkan ke akaun beliau, yang menurut perdana menteri derma politik daripada keluarga diraja Arab Saudi kepada Umno.
Tahun lepas, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dalam kes itu.
Bekas pegawai tinggi SPRM berasa kecewa dan berdosa kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal membawa kes SRC ke mahkamah.

* Soalnya laporan ini kata berita dari sumber. Siapakah sumber itu?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa