Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 3, 2017

Sejarah penyatuan PAS-UMNO 1973 akan berulang?

[1/2, 05:10] ‪‬: SEPINTAS LALU:-  SEJARAH PENYATUAN PAS DAN BN UMNO 1973 AKAN BERULANG

Menjelang Muktamar sesi 2015 - 2017 dan selepas itu sebelum Parti Amanah ditubuhkan, masalah label melabel di kalangan anggota dan pimpinan dalam PAS dan penguasaan eksekutif dalam Majlis Syura Ulama antara punca pemimpin PAS yang "gugur setandan". Mereka mendoktrin dengan label - antara lain liberal, munafik haraki dan peguam neraka - oleh kumpulan ULAMA dalam PAS.

Mengkafirkan sesama kumpulan umat Islam yang berlaku di Iraq, Syria dan Libya, telah meresapi umat Islam di Asia Tenggara termasuk di PAS Malaysia. Konsep Islam kumpulan ulama PAS bermula ketika itu dan sekarang telah membawa malapetaka, kerana tersalah urus, tersalah tafsir, kalangan pengikut "ulama" dalam Parti  PAS. Malahan mereka tidak lagi membawa aliran tajdid kepada orang Islam dan bukan Islam di kalangan rakyat Malaysia umumnya.

Penguasaan golongan ulama benci profisional dalam PAS ini telah meresapi seluruh anggota badan eksekutif PAS dalam Majlis Syura Ulama pada tahun 2015 itu. Ketika Muktamar berlangsung dan apabila "senarai" dijadikan panduan ahli2 PERWAKILAN untuk mengundi, kebolehan, jasa, kekuatan seseorang tidak dinilai (dalam pemilihan baru-baru ini), tapi apa dinilai - kamu ini daripada puak mana. Bila penilaian seperti itu, maka diundi mengikut senarai yang diberi kepada perwakilan, malahan tatacara Islam ketika memilih pimpinan langsung tidak diamalkan hanya kerana "WALA' SENARAI CHAI".

Misalnya, ada pensyarah, bekas mufti, ilmuan, (mereka) tak kira parti sangat. Tetapi pada Muktamar 2015 hingga kini, mereka yang terlibat dengan Majlis Syura, adalah orang yang terlibat dalam eksekutif sama ada AJK Dewan Ulama dan AJK Pusat itu sendiri. Perkara yang belum pernah berlaku di dalam PAS sebelum Hj Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Perkara ini sengaja di atur sedemikian rupa, sama seperti waktu Haji Hadi dan Mustaffa Ali berada didalam PEMUDA PAS PUSAT ketika menjatuhkan Presiden PAS Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Bagaimana pun mereka berdua kini adalah pembawa "ideology" Asri Hj Muda bilamana kini menyambung usaha menyatu padukan umno dan Pas.  Asri Hj Muda  adalah orang yang bertanggong jawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

[1/2, 05:10] ‪‬: MUKTAMAR TAHUNAN PAS SESI 2015-2017 KUALA SELANGOR:-

SIAPA DALANG PIMPINAN KUKU BESI "PENGKHIANAT" DALAM PAS HAJI HADI AWANG ATAU HAJI MAD SABU? (INI ADALAH PUNCA ASAL USULNYA "PENGKHIANAT"  YANG SERING DI GEMBAR GEMBURKAN)

Kalau tak faham situasi masa muktamar kuala selangor masa tu harap dptkn maklumat. Ana tolong imbaskan kembali kepada anda semua. Jika ada yang sesiapa mempertikai fakta ini silakan, perdebatan isu ini dibuka seluas luasnya,

Semua ahli dibekalkan senarai nama siapa yg telah dipersetujui pucuk pimpinan utk kejawatan tertentu. Semua ahli diminta mengikuti arahan tersebut (senarai pengecai).

Maka pertandingan waktu itu bkn lah mengikut tatacara islam yg mengajukan keadilan, dimana jawatan dlm parti ditentukan oleh presiden parti yg kita gelarkan "senarai pengecai".

Siapa yg meminggirkan keadilan yg sewajarnya pemilihan harus secara tertutup tanpa ada apa2 sentuhan kepimpinan atau pengaruh pimpinan?. Kalau bukan "arahan" Haji Hadi Awang yang dilakukan oleh orang2 kuat dikelilingnya siapa lagi?

Keakuran ahli2 pas yg digelar wala' digunakan sepenuhnya dlm muktamar tahunan sesi 2015-2017. Tiada lagi elemen demokrasi dlm pas tetapi dlm masa sama pas berjuang didlm system demokrasi. Tiada lagi tatacara Islam dipatuhi yang ada wala' kepada "senarai chai" ADAKAH INI ISLAM YANG DISERAPKAN OLEH PIMPINAN PAS?

HANCUR PENAT LELAH ATGNA DAN ATGFN YG MENGUMPUL
KAN PROFISIONAL2 INI DIDALAM PAS SUATU WAKTU DULU, DI TUNJUKAN JALAN KELUAR OLEH PENJUAK2 PRESIDEN DIMUKTAMAR TAHUNAN ITU DIKUALA SELANGOR.

SEBAB ITU SEHINGGA KINI HATI NURANI PRESIDEN KAUDU SAMA KETIKA TEAM DIA MENJATUHKAN DATUK ASRI MUDA SALAH SEORANG PRESIDEN PAS.

CIKGU PA TENTU MENYIMPAN SEJARAH INI. BAHWANYA PAS BENAR2 PARTI POLITIK, BUKAN SEBAGAI WADAH UMMAH ATAU JEMAAH ISLAM PAS, HANYALAH SEKADAR PELENGKAP PARTI POLITIK YG MENGUNAKAN AGAMA ISLAM.

Abu As Siddiq

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa