Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 6, 2017

DAP hanya 'dihantukan' untuk menakutkan Melayu!

Orang Melayu tidak musuhi, takut pada DAP, kata Zaid
05 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Zaid Ibrahim

Orang Melayu tidak memusuhi dan takut kepada DAP kerana mereka tidak mengenali parti itu sebagaimana yang dimomokkan oleh bekas naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim dan pemimpin Umno bahawa parti itu anti Melayu dan Islam.

Dakwa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah memperalatkan Umno dengan melabelkan DAP anti Melayu dan anti Islam.

"Malah ramai yang percaya bahawa ini akan menjadi isu utama dalam pilihan raya akan datang.

"Pandangan saya orang Melayu tidak memusuhi dan tidak takut kepada DAP.

" Mereka tidak mengenali lebih dekat tentang parti itu selain daripada apa yang diberitahu oleh Tunku Abdul Aziz Ibrahim dan Umno.

"Melayu umumnya malu dan tidak ekspresif dalam pemikiran mereka.

"Mereka tidak akan mengangkat tangan untuk menunjukkan rasa tidak senang mereka, sebaliknya akan menolak untuk mengundi Umno," ujar Zaid dalam kenyataan di blognya hari ini.

Zaid yang juga bekas Senator berkata, walaupun orang Melayu tidak dilihat keluar beramai-ramai mendengar ceramah atau menyertai DAP tetapi mereka ujarnya, penyokong senyap kepada peti undi.

"Mereka telah melihat sumbangan parti itu dalam memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.

"Sebab mengapa Umno bimbang adalah semata-mata kerana taktik mereka menimbulkan ketakutan bahawa DAP anti-Melayu tidak berfungsi.

"Parti itu menang pilihan raya lalu kerana sokongan pengundi Melayu di banyak kerusi separa bandar.

"DAP dan pembangkang lain tidak akan menang begitu banyak kerusi dalam kategori ini jika orang Melayu benar-benar menentang DAP.

"Tetapi mereka pasti akan menyokong calon pembangkang dengan cara mereka sendiri, secara senyap di pusat mengundi," ujarnya.

Bekas Ketua PKR Wilayah Persekutuan ini juga berkata, jika pembangkang benar-benar mahu memenangi pilihan raya akan datang, mereka perlu mempunyai semangat kerjasama rapat dengan DAP yang  akan memaksimumkan peluang untuk membentuk kerajaan baharu kelak.

"Jika sesetengah daripada pemimpin masih tidak selesa dengan DAP termasuk segelintir  orang Melayu yang masih lagi tidak selesa atau takut kepada DAP inilah masanya mereka perlu sedar untuk bangkit bersama rakyat.

"Apa yang rakyat mahu sekarang ialah untuk melihat pembangkang berstruktur dan teratur supaya mereka boleh merasa yakin Najib boleh ditumbangkan kuasanya.

"Mereka tidak peduli jika ia DAP, Amanah, PKR atau Bersatu yang melakukannya. Mereka mahu Najib turun.

"Jangan merumitkan keadaan dengan menanamkan rasa takut cara Umno mengamalkan politik mereka. Rakyat mahukan kemenangan dan kita perlu memberikan kemangan itu," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa