Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 6, 2017

Guna BR1M beli Proton Iriz: Berapa hengget harga Iriz dan berapa ribu pula nilai BR1M?

‘Boleh guna BR1M beli Proton Iriz jadi pemandu Uber’
Kow Gah Chie - Dikemaskini 5 Jan 2017, petang 5:31
Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak memiliki kereta yang boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz, supaya mereka boleh menjana pendapatan sebagai pemandu Uber atau Grabcar.

"Ini akan dilaksanakan pada tahun ini," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah (gambar kiri) pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga sedang mengkaji kaedah lain untuk menambah baik pelaksanaan bantuan berkenaan.

"Kita akan menstruktur semula BR1M supaya rakyat boleh membeli makanan dan barangan keperluan," katanya.

"Kita sedang mengkaji bagaimana BR1M boleh digunakan untuk latihan, supaya mereka boleh menggunakan BR1M dengan bijak bagi memulakan perniagaan," katanya.

Menurutnya, bantuan itu adalah bukan rasuah kerana tujuannya disalurkan adalah bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Katanya lagi, kajian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga menunjukkan 83.4 peratus responden menyokong BR1M diteruskan

* Cakap raja lawak! 
Mamat ni cakap atas logik apa agaknya?

Mungkin anda patut baca: Masalah kejadongan

2 comments:

  1. KSU ini bakal meragut takhta Ahmad Maslan....awas Ahmad Maslan kedudukan anda sebagai politikus pelawak sedang digugat oleh KSU enche Serigar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harith iskandar pun bakal hilang takhta juara lawak dunia!

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa