Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 5, 2017

KSU, 2 anak lelaki ditahan reman 7 hari namun TITM persoalkan kes SRC

KSU kementerian, 2 anak lelaki ditahan reman 7 hari
05 Januari 2017 | BERNAMA
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa keluar seorang Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian bergelar Datuk selepas mendapatkan perintah reman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes salah guna kuasa dan menerima suapan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. SPRM dalam satu kenyataan kelmarin turut merampas jongkong emas dan wang bernilai RM3 juta.-Foto Bernama.

Seorang ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian yang bergelar 'Datuk' dan dua anak lelakinya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan KSU yang berumur 59 tahun itu bermula hari ini sehingga 11 Jan.

KSU itu yang ditahan di kediamannya di USJ, Subang pada 8 pagi semalam oleh SPRM, tiba di perkarangan mahkamah memakai baju lokap SPRM berwarna oren dengan menutup muka dengan baju kemeja jalur.

Dua orang anaknya yang masing-masing berumur 29 dan 34 tahun pula ditahan semalam, semasa diambil keterangan di ibu Pejabat SPRM.

Dua anak lelaki KSU itu merupakan pengarah urusan dua syarikat berbeza.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib berkata siasatan kes terhadap ketiga-tiga individu itu dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan menyatakan penjawat awam menerima benda yang berharga, dengan tiada balasan, daripada orang yang ada kena-mengena dalam apa-apa prosiding atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam itu.

Semalam, SPRM merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta susulan penahanan KSU itu, selain merampas beberapa barangan mewah termasuk jam, beg tangan, pen dan sejumlah mata wang asing.

* Berita tambahan: 'Nilai rampasan melebihi RM6 juta'

Tangkap KSU, tetapi apa berlaku kepada kes SRC, soal Tuan Ibrahim
05 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Bagi Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, penahanan seorang Ketua Setiausaha kementerian tidak dapat mengalihkan pandangan kekecewaan ‘persaraan awal’ bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zain.

Malah beliau menimbulkan persoalan, kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  dapat bertindak kepada pejawat awam tetapi tidak kepada ahli-ahli politik.

Menurut Tuan Ibrahim, penahanan KSU ini sebenarnya menguatkan keluhan Bahri yang dipetik sebagai berkata “amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah.”

"Tindakan SPRM ini mengundang pelbagai soalan di minda rakyat.

"Antaranya, siapa yang menghalang kes SRC dan siapa pula memberikan lampu hijau kepada penahanan KSU, jikalau dakwaan Bahri itu benar?

"Apakah SPRM benar-benar bebas dalam melaksanakan tugasnya?," soal beliau yang terus mempertikaikan kewibawaan SPRM.

Katanya, penyataan 'Undang-undang sarang labah-labah' dan perasaan kecewa yang diluahkan Bahri sempena persaraan awalnya tidak dapat ditutup dengan penahanan Ketua Setiausaha sebuah kementerian atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Malah, kata beliau, sebenarnya penahanan KSU berkenaan menimbulkan tanda-tanya mengapa SPRM dapat bertindak kepada penjawat awam dengan mudah tapi tiada tindakan yang serupa ke atas kes besar seperti SRC International yang juga merupakan anak syarikat 1MDB, yang melibatkan nama-nama ahli politik berjawatan tinggi.

Katanya, kecekapan SPRM dalam memerangi rasuah perlu diimbangi dengan keadilan dalam tindakan.

"Segala tindakan perlu adil dan kelihatan adil, tanpa sebarang pilih kasih.

"Jangan sampai penjawat awam merasakan mereka dijadikan kambing untuk orang politik berkuasa kelihatan alim.

"Oh ya, apa khabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah?" soal beliau menyindir apakah tindakan SPRM kepada menteri berkenaan.

2 comments:

  1. TITM memandai2. Hj hadi dan dewan ulama pas tak kata apa2 knp TITM sibuk. Kau tu cuma timbalan pres

    ReplyDelete
  2. Hehe..kene pandai2 ler.kan depa dah jadi punahsihat 25persen.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa