Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 5, 2017

Kenapa agaknya Bahri dipergunakan dan isu persaraannya diputar belit?

Saya tak suka orang pergunakan saya: Bahri
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI - 5 JANUARI 2017
Datuk Bahri Mohamad Zin

SHAH ALAM - Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh media rasmi suruhanjaya itu.

Malah katanya, di akhir tugasnya di BOK, mereka juga tidak pernah bercakap dengan beliau.

"Pendedak ini ada di mana-mana, sepatutnya tunggulah kenyataan rasmi daripada saya sendiri. Saya amat tidak suka orang mempergunakan saya tanpa kebenaran," katanya kepada Sinar Online.

Bahri berkata demikian bagi mengulas kenyataan media SPRM yang mendakwa pihaknya telah menghubungi beliau, dan menyatakan Bahri menafikan bahawa beliau bersara kerana kecewa terhadap kes siasatan SRC International (SRC).

 "Berhubung kenyataan di sebuah portal media, bahawa Datuk Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Datuk Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut," petik kenyataan SPRM.

[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM respons pengunduran Bahri]

Terdahulu, pada 3 Januari lalu, Sinar Online melaporkan Bahri mengesahkan bahawa beliau telah bersara awal daripada jawatan di BOK berkuatkuasa 30 Disember 2016.

Bahri berkata, persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.

"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah SPRM bersara kerana tidak mahu bersekongkol]

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa