Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Wednesday, January 4, 2017

'Pemakan dedak ada di mana-mana, tunggulah kenyataan dari mulut saya sendiri”

Jangan cabar saya, kata bekas pengarah SPRM
3 Jan 2017, 10:10 malam
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas pengarah Bahagian Siasatan Khas (BOK) badan itu, Datuk Bahri Mohd Zin tidak menyatakan beliau memilih untuk bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC International seperti yang dilaporkan.

Dalam satu kenyataan media, suruhanjaya itu berkata Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan itu.

“Berhubung kenyataan di sebuah portal media hari ini bahawa Datuk Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Datuk Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut.”


Ketika dihubungi Malaysiakini untuk reaksinya, Bahri berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.

“Menggunakan sumber belum masak orang ketiga dan buat ‘judgement syok’ sendiri.

“Tunggulah kenyataan dari mulut saya sendiri,” katanya.

Bekas pengarah itu juga mengulas laporan berita yang mengaitkan persaraannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga komen oleh Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Dalam laporan berita itu, portal FMT yang memetik sumber yang rapat dengan siasatan 1MDB mempersoalkan masa persaraannya.

'Pemakan dedak ada di mana-mana'

Menurut sumber itu, jika kes SRC adalah alasan Bahri berasa bersalah, beliau sepatutnya meletak jawatan tahun lalu atau pada 2015.

Bagaimanapun bekas pegawai kanan SPRM itu hanya tersenyum mendengar hujah itu.

“Pemakan dedak ada di mana-mana, di luar sana mahu pun dalam jabatan-jabatan kerajaan,” katanya.

Beliau juga membidas Abdul Rahman kerana mengadilinya tanpa fakta yang tepat.

“Tapi Rahman Dahlan dah adili saya tanpa merujuk kepada sumber asal iaitu saya sendiri.

"Maka berkewajipan bagi saya lepas pulih dari sakit nanti saya akan jawab satu persatu apa yang Pak Menteri itu tulis mengenai saya.

“Biar rakyat pula yang menjadi pengadilnya,” katanya.

Bahri turut memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak mencabarnya.

“Saya cukup pantang kalau orang pukul curi saya, dulu masa kes SRC Internation tengah memuncak ada sorang bekas ketua menteri membantai saya secara tidak adil...

“Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah.

“Ya, pengamal rasuah dan jangan cuba nak jadi juara kepada rakyat di luar sana,” katanya lagi.

Sarang labah-labah

Bahri petang tadi mengesahkan beliau “kecewa” dan tidak mahu lagi berkhidmat dengan "undang-undang sarang labah-labah" yang hanya memerangkap pesalah kecil.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataannya di FMT bahawa beliau kecewa dan berasa amat berdosa kepada rakyat Malaysia “kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah”.


Bahri, yang memainkan peranan utama dalam siasatan SRC, bekas anak syarikat 1MDB, memilih bersara awal walaupun boleh terus bertugas tiga tahun lagi.

Pegawai kanan kerajaan itu memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila RM42 juta dananya ditemui pada akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.


Najib berkata tidak tahu menahu wang berkenaan berasal dari SRC walaupun syarikat itu milik kementerian kewangan. Perdana menteri juga menjawat tugas sebagai menteri kewangan pertama.

Sementara itu, SPRM mengesahkan bahawa bekas pengarah membuat permohonan kepada kerajaan untuk bersara awal enam bulan lalu.

Suruhanjaya itu berkata permohonan itu adalah mengikut peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam di mana seorang pegawai kerajaan yang mahu bersara awal perlu membuat permohonan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh persaraan. - sumber

Berkaitan: Bahri tinggalkan SPRM berkaitan dakwaan terhadap Dr M?

Sumber mempersoalkan pemilihan masa kritikan Bahri terhadap kerajaan, kerana beliau sahaja boleh meletak jawatan pada kemuncak siasatan SRC

1 comment:

  1. Pertama mari kita berdoa semoga Allah sentiasa melindungi keselamatan Datuk Bahri krn setan manusia ramai yg tak senang dgn dia. Kedua, aku masih ingat satu kenyataan drp org dalam sprm bahawa jk BN kalah dlm PRU yg akan datang maka ramailah vvip BN terutama umno akan masuk penjara. Oleh itu marilah kita tolong realisasikan target ini dgn mempastikan BN kalah dlm PRU yg akan datang. JANGAN undi BN!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa