Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 6, 2017

'pokok mati berhias bunga-bunga palsu'?

SPRM 'pokok mati berhias bunga-bunga palsu'?
mk - Hari ini, Hari ini, 2:25 tengahari
Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak harus benar-benar memperjuangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setaraf dengan badan antirasuah antarabangsa.


“Pentadbiran Najib diperingatkan supaya tidak menjadikan SPRM seperti pokok mati yang dihiasi dengan bunga-bunga palsu bagi mengaburi mata dan menipu rakyat bahawa kononnya pentadbiran beliau serius untuk membanteras jenayah rasuah,” kata timbalan presidennya Salahuddin Ayub.

Katanya, SPRM telah menjalankan penyiasatan dengan baik dalam kes-kes berprofil tinggi seperti kes 1MDB dan SRC International tetapi hanya berakhir di meja peguam negara.

Merujuk kepada pengunduran awal penyiasat kes SRC Datuk Bahri Mohamad Zin, Salahuddin berkata Malaysia tidak lagi sanggup kehilangan penjawat-penjawat awam yang berwibawa khususnya dalam bidang penguatkuasaan jenayah.

Apatah lagi, kata Salahuddin, melibatkan mereka yang kecewa kerana segala tanggungjawab yang “dibakulsampahkan”.

Walaupun boleh berkhidmat sehingga 2019, beliau memilih bersara awal dan menyatakan rasa kecewa terhadap siasatan kes SRC International Sdn Bhd, yang tidak dibawa ke mahkamah.

SRC, bekas anak syarikat 1MDB dan kini bawah Kementerian Kewangan, menjadi perhatian selepas RM43 juta wangnya mengalir ke dalam akaun peribadi Najib.

Wang SRC didakwa mengalir melalui transaksi pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015, melalui dua syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Najib dilaporkan tidak tahu menahu wang itu berpunca daripada SRC manakala Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali pula membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.

Kalau minat: Economist: Kering kantung, Najib mungkin keseorangan

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa