Menteri: Peluang Melayu terjejas jika mansuh pinjaman PTPTN
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemansuhan pinjaman yang ditanggung pelajar daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menjejaskan peluang golongan Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Dalam wawancara yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Khalid berkata, pemansuhan pinjaman itu akan menyebabkan pelajar kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk menanggung kos sara hidup di kampus.
Katanya komponen terbesar dalam pinjaman yang ditanggung siswa itu adalah untuk kos sara hidup, dan bukannya untuk bayaran yuran pengajian.
Tambahnya, pemansuhan yuran itu juga akan menyebabkan berlaku persaingan sengit di kalangan pelajar untuk mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang diberikan subsidi yuran sehingga lebih 90 peratus.
"Dalam hal ini, perlu ada asas yang tepat siapa patut dapat masuk, apatah lagi ini percuma. Jadi mereka akan gunakan meritokrasi," katanya yang memberi contoh sistem pendidikan tinggi percuma yang diamal di Singapura, Chile dan Argentina.
"Ia sama seperti mana permohonan biasiswa akan berlaku perebutan, timbul tidak puas hati dan bila kita guna ini (meritokrasi), bila kita tidak dapat mengimbangi orang Melayu akan berlakunya jurang.
"Akhirnya berlakunya situasi lapan nisbah satu (8:1) iaitu lapan anak orang kaya dan seorang anak orang miskin yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya lagi.
Khaled juga bimbang sekiranya proses kemasukan ke universiti akan bertambah ketat kerana dijalankan berasaskan kecemerlangan pelajar.
"Maka jurang akan terus berlaku dalam soal perbezaan taraf sosioekonomi masyarakat dan sudah tentu ini akan membawa ketidakstabilan dari banyak segi untuk jangka masa panjang," katanya.
- mk

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa