Nama Khalid Samad sememangnya amat sinonim dengan gerakan PARASIT dalam PAS. Nama inilah yang menjulang PAS sebagai sebuah parti yang boleh dibeli dengan mudah oleh musuh-musuh Islam dan umat Islam. Khalid Samad dengan bantuan Dr. Dzulkefly Ahmad kelihatan telah berjaya besar untuk meliberalkan Islam di Selangor dan seterusnya di Malaysia dengan hanya berjubahkan PAS.
Bagi golongan totok PAS yang tidak pernah bermimpi akan berlaku Tahalluf Siyasi, pastinya memuja Khalid Samad malah mada sesetengahnya yang menganggap sebagai mujtadid PAS atau dalam bahasa moden, Reformis.
Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS, parti itu perlu tunduk sujud kepada kehendak parti yang mereka tentang dan mereka musuhi kerana dasar-dasar DAP yang tidak pernah baik dengan Islam dan umat Melayu. Dan yang terlebih penting, sesiapa sahaja termasuklah pendokong utama PAS yang masih percaya PAS adalah jemaah pejuang Islam, boleh menjadi balaci kepada sebuah parti yang mengutamakan pertembungan antara kaum dan agama seperti DAP.
DAP merupakan sebuah parti yang gemar menjadikan pertembungan antara umat Islam dan Kristian di negara ini sebagai landasan untuk mereka mendapatkan kuasa. Namun DAP bertindak bijak dengan menyembunyikan belang mereka dan seringkali bersikap bermuka-muka apabila berada di khalayak penyokong PAS.
Bagi golongan totok PAS yang tidak pernah bermimpi akan berlaku Tahalluf Siyasi, pastinya memuja Khalid Samad malah mada sesetengahnya yang menganggap sebagai mujtadid PAS atau dalam bahasa moden, Reformis.
Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS, parti itu perlu tunduk sujud kepada kehendak parti yang mereka tentang dan mereka musuhi kerana dasar-dasar DAP yang tidak pernah baik dengan Islam dan umat Melayu. Dan yang terlebih penting, sesiapa sahaja termasuklah pendokong utama PAS yang masih percaya PAS adalah jemaah pejuang Islam, boleh menjadi balaci kepada sebuah parti yang mengutamakan pertembungan antara kaum dan agama seperti DAP.
DAP merupakan sebuah parti yang gemar menjadikan pertembungan antara umat Islam dan Kristian di negara ini sebagai landasan untuk mereka mendapatkan kuasa. Namun DAP bertindak bijak dengan menyembunyikan belang mereka dan seringkali bersikap bermuka-muka apabila berada di khalayak penyokong PAS.
Dek kerana itulah, Khalid Samad bertindak sebagai 'pemberi galakan' kepada balaci dan pecacai PAS dengan menggambarkan DAP bukanlah satu ancaman kepada Islam dan umat Islam di negara ini. Sebaliknya Khalid Samad akan 'mengarahkan' kepada mereka untuk menghapuskan sebarang gambaran buruk tentang DAP dan Islamaphobia yang dialami oleh para pemimpin parti sosialis demokrat itu.
Disebabkan itulah, di mana-mana sahaja Khalid Samad berada, pastinya kerosakan yang berlaku, tidak hanya kepada PAS, tetapi lebih berat lagi ialah kepada umat Islam dan kedudukan Islam di negara ini. Di mana sahaja Khalid Samad berada, pastinya yang dipentingkan adalah imej baik DAP di mata Melayu-Islam-Bumiputera. Khalid Samad tidak membawa PAS sekalipun PAS adalah parti anutannya, sebaliknya Khalid Samad lebih gemar memperkenalkan dan memperkukuhkan DAP di khalayak PAS.
Sesuatu yang sangat aneh memandangkan Khalid Samad adalah seorang pemimpin besar PAS.
Suatu ketika, Allahyarham Ustaz Azizi Hj. Abdullah, seorang aktivis PAS dan juga sasterawan negara yang cukup terkenal dengan novel 'Seorang Tua Di Kaki Gunung' pernah menyelar puak-puak yang MEMAKAI BAJU PAS tetapi berhati PKR dan DAP. Sekalipun tidak menyebut nama, namun bagi mereka yang rapat dengan Azizi Hj. Abdullah amat sedar, pemimpin kecil PAS dari Bukit Meriam, Kedah itu memperkatakan tentang kehadiran PARASIT-PARASIT di dalam PAS yang bukan sahaja menyebabkan parti itu hilang arah tujuan perjuangannya, tetapi juga menjadikan PAS sebagai sayap agama DAP dan PKR walaupun PAS sebenarnya mempunyai kekuatan yang jauh lebih baik berbanding kedua-dua parti yang menjadi komponennya dalam Pakatan Rakyat.
Kesan daripada kejahatan yang ditimbulkan oleh Khalid Samad sudah boleh dilihat pada PAS. Ujikaji PARASIT di Selangor telah menjadikan PAS yang sepatutnya mempunyai kuasa yang lebih besar memandangkan PAS adalah penentu kewujudan kuasa kerajaan negeri, sebagai sebuah parti angguk-angguk dan disekeh-sekeh, baik oleh PAS apatah lagi DAP. Ujikaji PARASIT di Kedah pula, menghalakan Anwar Ibrahim dan DAP bakal memperolehi lebih banyak kerusi untuk ditandingi dalam usaha PARASIT berusaha mewujudkan pegangan berimbang sekaligus menyekat pengaruh kuat PAS Kedah yang dipimpin oleh Azizan Abdul Razak.
Liciknya Khalid Samad dengan perangai PARASITnya boleh dapat dilihat menerusi pengaruhnya kepada kalangan pecacai dan balaci yang tidak berputus asa untuk memperkenalkan DAP sebagai satu wadah perjuangan suci umat Islam yang baru... jauh lebih baik dari PAS sendiri walaupun pecacai dan balaci itu adalah warga PAS!!!
- the flying kick
- the flying kick
Wahai manusia yang buta
ReplyDeleteBukalah mata mu dan lihatlah keadaan yang sebenar atau jadilah seperti Hasan Alui yang ketinggalan bas...... parasit adah manusia yang jumud dan tidak dapat menerima perubahan walaupun baik
patutlah kau kondem semacam aje pada khalid rupanya guru-guru kau semuanya terdiri dari umnongok. kah kah kah kah kah
ReplyDeletesalam, kenapa nak dipanjangkan penulisan yang nak memecah belahkan PR dan ummah secara khususnya...Apakah benar dan berasas sekali tohmahan yang dilemparkan blogger tersebut...Saya sebagai penyokong akar umbi PAS,PKR dan DAP pun tahu apa yang berlaku dalam komponen parti PR ini, betapa tersasarnya tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada pemimpin2 PR khususnya dari PAS.
ReplyDeleteDikhuatiri artikel2 sebegini yang diterbitkan semula tanpa memberi ulasan yang baik oleh tuan blog akan mempengaruhi orang2 yang baru hendak berjinak2 dengan PAS atau parti2 komponen PR, dan kurang membuat kajian dan penelitian...Harap tuan blog berhati2 dalam mengutarakan isu2 yang agak sensitif dan memerlukan banyak penelitian dan kefahaman.
WALLAHUA'LAM......
A'kum Tuan-Tuan yang sudi komen,
ReplyDeleteTujuan saya menurunkan n3 ini di blog ini adalah supaya tuan-tuan pembaca menilai sendiri minda dan tahap pemikiran bloggers yang pro UMNO/BN.
Syurga dan Neraka hanya menjadi mainan mulut dan penulisan dengan tidak bertapis.
Tuan-tuan salah sangka sebenar.
Itulah dia, bacalah dengan hati dan nurani bukan dengan prasangka dan emosi!
Di dalam blog ini saya tidak pernah sentuh hal-hal Syurga dan Neraka serta apa-apa saja yang bukan di dalam kekuasaan kita.
Begitu juga saya tidak akan tulis berkenaan perkara-perkara yang di dalam kesamaran seperti kes Altantuya atau kes liwat Anwar atau apa-apa juga perkara yang berbaur fitnah.
Meludah biarlah bertempat!
Bahawa sesungguhnya Umno/Bn tahu selagi Pas, Dap,dan lain-lain parti pembangkang berjuang sendirian, maka selama itulah BN akan kekal memerintah selamanya di Malaysia ini.
ReplyDeleteOleh itu apabila Pas bersetuju bekerjasama dengan lain-lain parti di dlm Pakatan Rakyat, BN sangat susah hati kerana peluang untuk mereka tewas didlm PRU ke 13 nanti adalah cerah.
Inilah saja sebenarnya kenapa Umno kini memainkan isu Pas bekerjasama dng Dap, walhal mereka boleh pula bekerja sama dng Mca, Mic, Gerakan dan lain-lain parti lagi.
Oleh itu kita jangan terperangkap dng mainan politik Umno yg dah nak mampos itu.