Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 14, 2012

Aku Dah Kata, "Hanya Orang Yang Selalu Memukul Curi Saja Yang Takut Dipukul Curi"

Undang-undang sedia ada cukup hukum Mahathir

Abdul Aziz Mustafa,14 Jun 2012
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Jika benar ada salah laku dilakukannya, tidak perlu menyalah guna kuasa untuk menghukum Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Ketika menolak kebimbangan bekas Perdana Menteri itu, beliau berkata, undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan.

"Kalau benar Dr Mahathir bersalah, tak perlu salah guna kuasa. Undang-undang yang ada sudah cukup untuk hukum beliau," kata Mahfuz.

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau tidak takut Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kuasa tetapi beliau takut pemimpin kerajaan PR menyalahgunaan kuasa untuk mendakwa beliau atas pertuduhan palsu.

Ketika berucap dalam satu ceramah di Ampang malam tadi, Mahfuz mempersoalkan adakah Dr Mahathir pernah melakukan apa yang beliau bimbang akan dilakukan oleh orang lain.

"Biasanya, orang yang salah guna kuasa akan tuduh orang lain akan salah guna kuasa juga.

"Orang yang upah orang lain untuk datang dengar dia berucap akan tuduh orang lain melakukan perkara yang sama," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menyifatkan kebimbangan Dr Mahathir itu hanya satu taktik untuk mengundang simpati dan undi rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

"Dia tahu kuasa BN semakin tergugat. Dia harap dengan menuduh PR akan menyalahgunakan kuasa untuk menghukumnya, rakyat akan bersimpati dan memberikan undi kepada BN," katanya.

Mahfuz juga memetik pandangan sesetengah pihak yang menyatakan tidak perlu diapa-apakan Dr Mahathir kerana beliau "akan mati merana" bila BN kalah.

"Saya tidak kata begitu tapi ada orang kata Dr Mahathir akan mati beragan atau mati merana kalau BN kalah.

"Perkara sedemikian memang selalu berlaku kepada pemimpin-pemimpin negara yang digulingkan.

"Mereka mati beragan dalam pelarian," katanya.

Dr Mahathir menyatakan kebimbangannya itu ketika mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menyatakan bekas Presiden Umno itu bekerja keras memastikan PR tidak berjaya kerana takut salah laku didedahkan.

"Dia betul. Saya takut," kata Dr Mahathir sambil menyatakan beliau takut pada bentuk salah guna kuasa.

1 comment:

  1. tun madey dah mula rasa bahang umporno nak kalah tu bro... dia dah mula berak tawas kah kah kah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa