Syed Abdulllah Jamalullail, |
Program 'Dari Parlimen' yang disiarkan selama setengah jam secara
langsung oleh TV1 pada jam 10.00 pagi apabila adanya persidangan
Parlimen bukan sahaja masa yang diperuntukkan itu terlalu singkat tetapi
diperhatikan banyak kepada 'berbicara' dengan Ahli Yang Berhormat dari
Barisan Nasional sahaja dalam bilik khas RTM di Parlimen tetapi hanya 5
minit sahaja disiarkan secara langsung terus dari perbahasan oleh Ahli
Parlimen di Dewan Rakyat itu sendiri.
Diharap pihak RTM lebih perihatin lagi untuk memberikan kepuasan
kepada para penonton agar tidak merasa bosan dengan cara pengendalian
acara siaran langsung dari Parlimen itu hanya menumpukan kepada
berbicara sesama sendiri. Berilah lebih masa siaran langsung di dalam
dewan daripada hanya lebih kepada berbincang yang sudah pun banyak
diadakan programnya dalam mana-mana TV kita.
Kalau hendak diadakan apa-apa juga program terutama sekali berkaitan
dengan rakyat hendaklah telus dan ikhlas supaya mesej itu sendiri dapat
disampaikan terus kepada rakyat.
Lagi pun rakyat hendak melihat sejauh mana wakil-wakil rakyat
mereka mampu memberikan atau membahaskan sesuatu isu negara itu sama ada
bijak ataupun sebaliknya dan di samping itu boleh memerhatikan siapa
yang selalu ponteng persidangan dewan yang mulia itu.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa