Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 11, 2012

Persembahan Kartun Dari Pemuda UMNO Kedah

Pemuda Umno Kedah buat laporan polis berkaitan 20 akaun individu dikawal oleh Anwar
 June 10, 2012
KUALA NERANG, 10 Jun  — Pergerakan Pemuda Umno Kedah hari ini membuat laporan polis berkaitan 20 akaun individu bernilai RM3 bilion, yang dikawal oleh Ketua Pambangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim berkata laporan polis itu dibuat bagi mendesak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat sumber wang yang begitu banyak dan ke mana hilangnya wang tersebut.

"Ini satu kes yang sangat serius dan perlu diambil perhatian segera oleh kerajaan dan perlu siasatan rapi," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mesti dibuat bukan sahaja terhadap Anwar, sebaliknya 20 individu lain juga perlu disiasat.

"Dengan terbongkarnya isu ini, rakyat boleh lihat dan nilai sendiri siapa Anwar yang sebenar. Anwar juga perlu membuat penjelasan tentang isu ini supaya rakyat tahu apa yang telah beliau lakukan," katanya.

Selain itu, Badrol Hisham berkata beliau juga meminta supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendedahkan 20 individu yang turut terlibat dengan akaun tersebut. 
MI

1 comment:

  1. Esok bawak pi mahkamah , kene soal jwp ngaku tersalah baca di akbar pastu ngaku kat anwar 'U're my brother!'

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa