13 Jun, 2012 23:52 PM
Wartawan Bernama Buat Laporan Polis Berhubung Kematian Anak Di Pusat Asuhan
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Ali Imran Mohd Noordin, wartawan Meja
Rencana Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) membuat laporan
polis di Hospital Serdang Rabu berikutan kematian anak lelakinya yang
berusia enam bulan di sebuah pusat asuhan di Jenderam Hulu, Bandar Baru
Salak Tinggi.
Ali Imran, 30, berkata anaknya, Aryaan Hafizh, disahkan meninggal dunia pada 5.50 petang tadi di Hospital Serdang.
Beliau berkata sebelum itu, pekerja pusat asuhan berkenaan membawa anaknya ke klinik berdekatan setelah mendapati bayi tersebut lemah.
"Saya diberitahu mengenai perkara itu ketika di pejabat. Selepas tiba di klinik, saya bergegas membawa anak saya ke Hospital Serdang tetapi Aryaan disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.
"Setakat ini, punca kematian belum dikenal pasti, dan bedah siasat akan dijalankan Khamis di Hospital Serdang," katanya ketika dihubungi.
Ali Imran berkata beliau dan isteri, Norlaili Lott, 33, berharap polis dapat menjalankan siasatan berhubung kematian anaknya itu.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa