Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan satu kenyataan bersumpah (SD) yang membebaskannya daripada dakwaan bahawa beliau mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.
Beliau mendakwa kenyataan bersumpah itu dibuat oleh oleh seorang bekas pengarah siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR, kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
Katanya, beliau meminta supaya satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk menyiasat semua akaunnya dan akaun anggota keluarga terdekatnya, apabila kes tersebut timbul pada awal 1999.
Selain menyiasat akaun tersebut, di dalam dan luar negara, beliau juga meminta supaya suruhanjaya tersebut menyiasat akaun perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain.
Namun, permintaannya itu tidak mendapat maklum balas daripada kerajaan, katanya.
Katanya lagi, BPR juga muncul di penjara Sungai Buloh dan meminta beliau memberi kenyataan terperinci berhubung kes tersebut.
"Mereka menjalankan penyiasatan yang sangat terperinci," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Alah puak umno ni bukannya ada modal dah, mereka hanya mahu menimbulkan persepsi kononnya Anwar juga rasuah, untuk melaksanakan ini semua mereka pun mengarahkan org suruhan mereka SPRM utk menyiasat, siasat dan siasat.
ReplyDeleteSelepas itu mereka biarkan kes ini terbengkalai sehingga kePRU, mereka tahu jika kes ini di bawa ke mahkamah pun tidak kemana, oleh itu yg penting ialah persepsi org ramai kononya Anwar juga melakukan rasuah, benar atau tidak bukan persoalan, yg penting persepsi.
Setelah itu mereka tuduh pembangkang melakukan serangan persepsi terhadap mereka (BN) wal hal keadaan sangat berbeza.
Pembangkang membuat lapuran polis berkaitan rasuah mereka tetapi mereka menggunakan kuasa menyekat siasatan atau kalau siasat pun hanya bersandiwara dan diakhiri dng tiada kes seperti kes Sharizat Jalil dan berpuluh kes lain dimasa lampau.
Mereka menyangka rakyat bodoh dan tidak tahu temberang mereka lantas menuduh pembangkang menginiaya mereka, begitulah BN yg dah sesat di hutan dan kehilangan punca mencari arah keluar......kesian.....
BAnyak benor la ni .....kejap bekas tu kejap bekas ni.
ReplyDelete