Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 14, 2012

Pengajaran Untuk Yang Pernah Berkuasa - Nasib Baik Sempat Lari!

Lagi berita yang membuatkan lutut Mahathir menggeletar!

Zine El Abidine Ben Ali dipenjara seumur hidup

pix_gal0

TUNIS: Mahkamah Tunisia menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas Presiden, Zine El Abidine Ben Ali didapati bersalah bertindak terhadap penunjuk perasaan di negara berkenaan.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Rafik Belhaj Kacem dan beberapa yang lain bersubahat dihukum sehingga 15 tahun penjara tetapi beberapa pemimpin utama lain dilepaskan dan menyebabkan kemarahan di kalangan keluarga mangsa.

Pihak pendakwaraya memohon supaya hukuman mati dijatuhkan terhadap Ben Ali yang meninggallkan negara itu selepas digulingkan dan tinggal dalam buangan di Arab Saudi, didapati bersalah membunuh 22 orang ketika cuba mengetatkan kawalan di bandar tengah iaitu Thala dan Kasserine. - Sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa