nizar
$entry.content.caption.value
JOHOR BAHRU – Kertas siasatan berhubung isu kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, telah lengkap.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kertas siasatan kes mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 itu akan dihantar ke Timblaan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Polis menerima 46 laporan polis dan kesemua keterangan telah direkodkan. Kita akan serah kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Pada 6 Jun lalu, Nizar telah memberi  keterangan selama sejam kepada pihak polis berhubung isu terbabit di Pejabat Perhubungan Pas Perak.
Nizar disiasat susulan kenyataannya menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang dibuat oleh Sultan Johor.