Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 3, 2017

2 akhbar pembela pencuri?

Ezam gelar 2 akhbar M'sia sebagai pembela pencuri
mk - Hari ini, 3:39 petang
Bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini menggelarkan akhbar arus perdana, Utusan Malaysia dan The Star sebagai pembela pencuri.

"Esok, saya akan tampilkan beberapa fakta lagi yang berkaitan 1MDB dan Perdana Menteri.

"Saya cabar Utusan (Malaysia) dan The Star untuk siarkan fakta ini kerana ianya bersumberkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sah.

"Pastinya tidak kerana mereka adalah akhbar pembela pencuri, bukan akhbar yang membela kebenaran," kata bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dalam kenyataan.

Ezam berkata demikian selepas kedua-dua akhbar berkenaan mengkritik beliau, semalam dan hari ini.

Pada masa yang sama, beliau mengungkit sikap beberapa akhbar arus perdana tempatan yang membisu ketika isu 1MDB yang didedahkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, beliau sedikitpun tidak terkesan dengan segala kritikan yang dilemparkan oleh akhbar-akhbar tersebut.

"Apakah cacian dan makian memberi kesan kepada kami? Tentunya tidak.

"Bagaimana akhbar yang sudah hilang kredibiliti boleh menggelar orang hilang kredibiliti dan memberi kesan?," tanyanya.

Tambah Ezam, beliau tidak akan berganjak daripada azam untuk bela maruah negara ini gara-gara seorang perdana menteri yang tiada maruah.

"Seorang PM (perdana menteri) yang sanggup biarkan dunia ketawa kepada bangsa ini hanya semata-mata mahu melindungi kuncu-kuncunya yang mencuri wang rakyat dari diadili.

"Lagi kuat cemuhan, hinaan dan ugutan daripada pemakan-pemakan dedak ini, lebih kuat saya akan lawan mereka yang telah mencuri berbilion duit kita di depan mata kita sendiri," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa