Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 2, 2017

Bapa ditumbuk guru: Kenapa ramai orang mudah naik gila?

Adakah kerana desakan hidup dengan harga barang keperluan kian mencekik?

Polis Siasat Dakwaan Bapa Ditumbuk Guru Semasa Daftar Anak Sekolah
Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2017 6:52 PM
SIMUNJAN: Bapa seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini mendakwa ditumbuk oleh seorang guru lelaki dalam kejadian semasa sesi pendaftaran persekolahan pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Zamzuri Mohamad berkata sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara bapa dan guru itu berhubung senarai nama untuk semakan untuk proses pendaftaran.

Katanya hasil siasatan awal mendapati bapa pelajar tersebut tidak berpuas hati kerana senarai nama pelajar tidak dipamerkan bagi memudahkan urusan pendaftaran.

"Kejadian berlaku pada 9.30 pagi semasa sesi pendaftaran. Semasa pendaftaran, bapa pelajar itu telah ditumbuk di telinga kiri oleh seorang guru berkenaan.

"Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Simunjan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. -sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa