Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 4, 2017

Amaran dan ugutan bodoh dari PAS

'PAS paksa lawan tiga penjuru jika terus ugut sekutu AMANAH'
mk -  Hari ini, 9:27 pagi
Pertandingan tiga penjuru mungkin tidak dapat dielakkan jdalam pilihan raya umum akan datang jika PAS terus mengugut PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sekiranya mereka bekerjasama dengan AMANAH.

Ketua Penerangan AMANAH, Khalid Samad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad semalam bahawa kegagalan untuk berunding dengan PAS akan menyebabkan semua parti pembangkang akan "sama-sama menanggung akibatnya".

"AMANAH mengambil maklum pandangan Iskandar yang menyebut bahawa sekiranya AMANAH ingin gantikan PAS maka AMANAH perlu bertanding sendiri melawan PAS dan bukan menghantar parti lain sama ada PKR atau PPBM," kata Khalid dalam satu kenyataan..

"AMANAH cukup bersetuju supaya PKR dan PPBM jangan dikaitkan dalam persoalan persaingan antara PAS dan AMANAH.

"Oleh itu, AMANAH mengesyorkan supaya PAS menghentikan ugutan terhadap PKR dan PPBM dengan kata-kata akan bertanding di kerusi kedua-dua mereka sekiranya mereka berkerjasama dengan AMANAH," kata Khalid lagi.

Menurutnya, AMANAH terpaksa bersedia menghadapi PAS secara tiga penjuru sekiranya PAS terus berusaha memecahbelahkan Pakatan Harapan dengan berunding hanya dengan PKR dan PPBM dan tidak dengan pakatan itu.

Isnin lalu, Iskandar dilaporkan berkata, sekiranya parti-parti lain boleh bersetuju pertandingan dua penjuru, PAS sedia untuk menghormatinya.

Jika tidak ada persetujuan dan akan berlaku "free for all", PAS bersedia untuk menerokai kawasan-kawasan baru, katanya.

* Dah sanggup rasa upaya lawan secara terbuka "free for all", kenapa nak paksa dan ugut-ugut pulak?
Ke dah ada rasa gentar, maka nak tunjukkan dia tak takut itulah cara diguna pakai agaknya.....

Yang aku nampak sokongan terhadap PAS di Selangor akan menipis dan Kerajaan PAS Kelantan akan tumbang. Tapi di Kelantan rasanya PAS akan lega kerana kalau pun PAS tumbang, BN besar kemungkinan membentuk kerajaan dan bukankah Hadi dah kata PAS tidak rela Kerajaan bertukar tangan kepada pihak lain?

BN adalah sekutu mereka juga!

1 comment:

  1. Adakah Pas yang mengugut pkr dan ppbm ataupun pan yg nak tunjuk hebat dgn bertanding 40 buah kerusi walaupun pkr bertanding disitu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa