Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 5, 2017

Kenyataan Media: Jangan biarkan undang-undang sarang labah-labah terus bersarang

Kenyataan Media.

*AYUH BAHRI..KITA BENTUK KAWANAN 'HELANG' UNTUK MEROBEK UNDANG-UNDANG SARANG LABAH-LABAH:  JANGAN BIARKAN UNDANG-UNDANG SARANG LABAH-LABAH TERUS BERSARANG*

1. Saya amat kagum dan bercampur sedih diatas kenyataan Dato'Bahri Mohamad Zain,bekas pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM yang terpaksa mengambil persaraan awal kerana kecewa atas kegagalan kes SRC International (SRC) untuk dibawa ke mahkamah.

*_Bahri memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta didakwa ditemui dalam akaun peribadi Najib Razak (MO1)_*.

Kenyataan Bahri telah mengambarkan betapa *_kes berprofil tinggi tidak lagi menjadi keutamaan dalam institusi perundangan (AG)  memerangi rasuah dinegara ini_*.

2. Amat malang bagi rakyat dan negara yang terpaksa *_kehilangan seorang lagi pegawai SPRM yang sangat komited,berani dan penuh berintergriti dengan kerja memerangi rasuah berprofil tinggi_*.

Sebelum ini Malaysia telah *_kehilangan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Timbalannya_* yang juga mengambil keputusan bersara awal dimana saya percaya adalah ekoran dari kes yang sama seperti Datuk Bahri serta enam pegawai kanan BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan SRC juga dilaporkan dipindahkan ke jabatan lain sehingga membawa kepada rombakan besar-besaran dalam SPRM.

Kenyataan Bahri mengambarkan bagaimana *_cengkaman kuasa politik pemerintah ke atas SPRM dan institusi Perundangan (AG) sedang bermaharaja lela_*.

*PADAM LAMPU SOKONG BAHRI*

3. Persaraan awal Bahri kerana kekecewaan kes SRC tidak seharus dilihat perkara kecil oleh rakyat khususnya pegawai- pegawai kerajaan.

Sebagai pegawai penjawat awam yang tinggi nilai intergriti,Bahri mendakwa *_'tidak mahu berdosa kepada 30 juta rakyat Malaysia_'* apabila kes penyelewengan melibatkan sejumlah wang yang besar gagal dibawa ke mahkamah sedangkan kes lain tidak mengalami sebarang masalah.

Bahri lakukan kerana *_pertahankan hak pegawai-pegawai kerajaan_* untuk melaksana tugas yang diamanah dengan penuh intergriti tanpa gangguan kuasa politik.Sewajarnya seluruh pegawai kerajaan berasa bangga dengan menunjukkan sikap dan *_memberi sokongan pada Bahri_*.

Seluruh *_warga SPRM sewajarnya mengadakan pertemuan sokongan dan solat hajat solidariti untuk Bahri di kediaman beliau_*.

"Saya mencadangkan agar ada usaha dikalangan parti-parti politik dan NGO mengerakan kesedaran rakyat, paling tidak dengan adakan *'kempen mematikan lampu'* di malam hari untuk satu tempoh beberapa minit pada satu tarikh yang dipilih sebagai *_'tanda keluhan dan keresahan masa depan rakyat dan negara yang gelap akibat rasuah yang menjijikkan'_*.

Rakyat mesti bangkit dan bersatu untuk menjadikan *_undang-undang negara bukan undang-undang sarang labah-labah"_*.

4. Bahri *_jangan mengakhiri 'perang menentang rasuah berprofil tinggi' sekadar bersara awal_*.

Diharap dapat bersama *_memimpin rakyat untuk memerangi rasuah  berprofil tinggi melalui proses demokrasi_* untuk menghapuskan undang-undang sarang labah-labah demi Agama, Bangsa dan Negara.

Ayuh Bahri!..rakyat sedang menantimu dan rakan-rakan untuk *_'Bebaskan Malaysia Tanahair kita dari rasuah dan perasuah' yang menjijikkan_*.

Jangan biarkan undang-undang sarang labah-labah terus bersarang. *_Ayuh kita bersama rakyat membentuk 'kawanan helang' untuk merobek undang-undang sarang labah-labah_* bagi memastikan *_undang-undang negara kita bukan undang-undang sarang labah-labah yang hanya menghukum golongan kecil ataupun marhaen sahaja_*.

#RakyatHakimNegara
#RakyatBukanKelkatu
#SolidaritiUntukBahari
#JauhiNajisRasuah
#PerangiRasuahDanPerasuah
#MalaysiaTanpaRasuah
#SelamatkanMalaysia
#BersihkanMalaysiaDariPerasuah
#TangkapMO1

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
9am Taman AlWalid Alor Setar
4 Jan 2017/ 5 Rabiulakhir 1438H.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa