Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 5, 2017

Nasib siLebai Malang

Sebuah parti lalang..Dikemudi lebai Marang.
Prinsip yang dipegang..Mudah sangat bergoyang.
Mungkin akibat tunjang..Lari kerana berang.
Tinggal lebai bangang..Terkapai sebelum berperang.

KAH KAH KAH

Diberi dedak seuncang..Suara lebai hilang.
Mata buta memandang..Telinga pekak gegendang.
Mulut mengolah temberang..Bermanis dengan petualang.
Dimalam gelap berbincang..Bermuka dikala siang.
Perjuangan lebai kelongkang..Suara rakyat terbuang.

KAH KAH KAH

Dengan Keris Terlanjang..Lebai berkaseh sayang.
Dengan rakan sekandang..Lebai ishtihar perang.
Dengan apek dibilang..Hudud punca terhalang.
Dimana ada peluang..Disitu lebai terlentang.
Senyap paluan gendang..Lebai bermain wayang.

KAH KAH KAH

Lebai lidah bercabang..Dua tampak dipandang.
Dulu kata dicanang..Rela kera sumbang.
Rupanya ada pisang..Disedia puak jalang
Bila tidak terhidang..Merajuk hendak pulang
Menyalak pagi petang..Lebai tunjuk garang
U-turn mencari ruang..PH kini dipandang.
Walaunta turut tercengang..Malu diconteng arang.

KAH KAH KAH

Pintu dulunya dipalang..Kini Dibuka terbentang.
Mungkin merasa bimbang..Resah ditinggal belakang.
Kuasa yang ditatang..Mula terasa bahang
Negeri lebai pegang..Bakal diambil orang
Turut takut ditendang..PRU yang mendatang

KAH KAH KAH

Tindakan lebai songsang..Khalayak merasa bimbang.
Keikhlasan lebai malang..Percaya bukan senang
Bagai perumpamaan bilang...Anjing dengan bayang.
Tamak merebut tulang..Akhirnya lemas dikubang.
Kuang..kuang..kuang..Nasib lebai Malang.

KAH KAH KAH
-sepai malaya-

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa