Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 5, 2017

Memang 'Sewel', 'bengong' atau 'buang tabiat' kot?

Wednesday, 4 January 2017
"GILA", "SEWEL", "BENGONG" ATAU....?

Sebenarnya saya amat jarang sekali membaca berita Utusan secara online. Dalam bentuk akhbar pula, yang sahnya sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri, saya tidak pernah lagi membeli akhbar berkenaan.

Di kedai pun, selalunya bertimbun-timbun tidak disentuh orang meskipun waktu sudah menjelang malam.

Tetapi kali ini, berita mengenai "pendedak" yang seorang ini hanya ada dalam Utusan dan Malay Mail online saja. Portal lain nampaknya tidak berminat lagi memberi ruang kepadanya.

Urutan beritanya begini...

Mula-mula dia mendedahkan kononnya sudah ada persetujuan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Lim Kit Siang untuk melantik Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang PRU 14 akan datang.

Kononnya, pertemuan dan perbincangan antara Tun Mahathir dengan Lim Kit Siang itu berlangsung pada 3 Disember lalu.

Kemudian Mukhriz menafikan perkara itu sambil mencabar orang yang membuat tuduhan itu agar mengemukakan bukti dan mendedahkan sumber maklumat yang diperolehinya.

Jika gagal, tegas Mukhriz, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan saman kerana membuat fitnah dan tuduhan palsu terhadap dirinya.
Setelah dicabar, sepatutnya orang itu tidak berlengah-lengah lagi menunjukkan bukti bagi mengesahkan segala dakwaannya. Maklumlah, dakwaannya bukan perkara main-main.

Sebaliknya, orang tua itu tampil bersuara dengan meminta Mukhriz membuat akuan bersumpah bagi menafikan beliau mahu menjadi Perdana Menteri.

Dia juga menggesa Lim Kit Siang membuat akuan bersumpah yang sama bagi mengisytiharkan tidak pernah berhasrat untuk dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Yang dicabar dan diminta oleh Mukhriz kepada orang tua itu ialah agar mengemukakan bukti terhadap dakwaan yang dibuatnya, tetapi yang dilakukannya agar Mukhriz membuat akuan bersumpah pula.

Ibarat gula yang diminta, tetapi garam yang ditunjukkannya.

Mana bukti yang diminta oleh Mukhriz itu? Ada atau tidak ada?

Buat apa meminta Mukhriz membuat akuan bersumpah menafikan mahu menjadi Perdana Menteri?

Apa kena-mengena antara akuan bersumpah tidak mahu menjadi Perdana Menteri dengan dakwaan kononnya sudah ada persetujuan antara Tun Mahathir dengan Lim Kit Siang menafikan berhasrat mahu menjadi Perdana Menteri?

Membuat tuduhan kononnya Mukhriz sudah dipersetujui sebagai calon Perdana Menteri sangat jauh bezanya dengan hasrat yang tersimpan di dalam hati untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.

Apa pulak salahnya jika menyimpan hasrat dalam hati untuk menjadi Perdana Menteri?

Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin pun barangkali ada hasrat dalam hati masing-masing untuk menjadi Perdana Menteri juga. Ia bukanlah suatu kesalahan.

Jika ada seorang tua yang selalu bercakap berbolak-balik dan lain diminta, lain pula yang diberi, apa agaknya kita mahu kategorikannya?

"Sewel", "gila", "bengong", pendedak yang semata-mata hidupnya diatur oleh tauke dedak atau sudah sampai waktunya untuk banyak-banyak beribadah dan berada di atas sejadah?

Nampak seperti membuang sama, namun elok juga Mukhriz terus saja menyaman orang tua itu agar anak cucunya sendiri malu melihat datuk mereka yang semakin tua semakin mengarut jalan hidupnya. (SH 04/01/2017).

Kaitan sebelum: CABARAN MUKHRIZ YANG MESTI DISAMBUT OLEH PENGAMPU NAJIB YANG SEORANG INI

Posted by Shahbudin Husin at 19:49

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa