Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 11, 2012

Hapus PTPTN: Janji manis dan tidak bertanggungjawab?

Saya rasa pelik dengan kenyataan ini dari Khairy. Janji yang memberikan manafaat kepada rakyat dikatakan tidak bertanggung jawab?
Khairy dakwa PAS, DAP tak setuju mansuh PTPTN
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan langkah PKR untuk menghapuskan hutang yang ditanggung pelajar daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai tindakan populis untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Sedangkan, "janji manis dan tidak bertanggungjawab" itu tidak mendapat persetujuan daripada PAS dan DAP malah tidak dijadikan dasar bersama Pakatan Rakyat, dakwa MP Rembau itu lagi.

"Ia dibuat di atas pentas ceramah dan perincian (penghapusan hutang PTPTN) datang kemudian. Mereka tak fikir mengenai bagaimana nak tampung dan biayai hutang tersebut.

"Itu satu janji manis, cerita dongeng daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata terdesak untuk menang undi orang muda nampak kecenderungan kepada BN. Ini adalah langkah terdesak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan rundingan meja bulat berhubung isu berkenaan bersama sekumpulan mahasiswa hari ini.

Khairy mengulas kenyataan pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang berkata pinjaman PTPTN sedia ada berjumlah RM24.7 bilion kepada mahasiswa itu dapat dilupuskan dalam tempoh 15 tahun.

Rafizi berkata demikian dalam satu program rundingcara berhubung penyelesaian hutang pinjaman tersebut di Shah Alam malam tadi.
Mengulas lanjut, Khairy berkata isu berkenaan bukan soal kemampuan kerajaan untuk membayar hutang tetapi kos yang ditanggung sekiranya perkara itu dilaksanakan.

"Kalau nak cakap soal kemampuan kerajaan, kerajaan mampu menampung macam macam sebab kita masih lagi ada minyak.

"Rafizi kata kita boleh melalui ambil minyak daripada Petronas dan jual bon kerajaan. Sudah tentu kita boleh buat macam-macam," katanya.

Sebaliknya, antara kesan yang diterima selepas berbuat demikian adalah kos melepas iaitu iaitu apabila kita buat sesuatu ia akan mengorbankan sesuatu perkara yang lain.

"Apabila kita membuat keputusan untuk memansuhkan hutang pinjaman PTPTN 28, 29 billion, ada perkara lain, perbelanjaan lain akan dikorbankan.

"Sama ada kita bayar ansuran selama 10 tahun, 20 tahun, dua bilion setiap tahun, terbitkan bon. Ia tetap memberikan kos kepada kita. Jadi saya nampak hipokrasi cukup besar," katanya

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa