Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 2, 2012

Apa Perlunya PAS Hukum Nizar?

Salahkah Nizar menegur?
Saya rasa tak payahlah seorang menteri membangangkan diri dengan perkara yang tidak sepatutnya!

Sabtu Jun 2, 2012
PAS Dicabar Ambil Tindakan Terhadap Nizar
BAGAN DATOH: PAS dicabar supaya mengambil tindakan tegas terhadap bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikai tindakan Sultan Johor Sultan Ibrahim membida nombor plat WWW 1 menerusi laman twitternya.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah memalukan jika parti itu tidak mengambil tindakan terhadap Mohammad Nizar dan ia menggambarkan parti itu 'bersekongkol' dan bersetuju mengenai kenyataan pemimpin mereka itu.
"Walaupun (Naib Presiden PAS) Salahuddin (Ayub) dan Ketua Pemuda PAS Nasrudin (Hassan) seolah-olah mahu lari daripada terlibat sama dalam masalah (Mohammad) Nizar tetapi mereka harus ikhlas mencadangkan kepada kepimpinan PAS supaya mengambil tindakan terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan baik pulih rumah sumbangan Affin Islamic Bank kepada 68 penerima berjumlah RM750,000 untuk Parlimen Bagan Datoh di sini, Jumaat.
Beliau berkata PAS boleh mengenakan tindakan supaya Mohammad Nizar tidak dibenar bertanding dalam pilihan raya kerana jika ada jawatan, banyak lagi kerosakan imej terhadap parti yang boleh dilakukan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu.
Ahmad Zahid berkata Mohammad Nizar telah lupa bahawa bidaan bernilai RM520,000 atas nombor plat oleh Sultan Johor itu akan disalur kepada rakyat.
"Baginda mengeluarkan duit peribadinya, itu merupakan duit pendapatan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pendapatan JPJ akan pergi ke akaun yang disatukan di bawah Kementerian Kewangan dan wang itu akan dikeluarkan semula untuk rakyat, bukan baginda menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadinya, yang ini (Mohammad) Nizar lupa," katanya.
Sultan Johor Sultan Ibrahim memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000 dan kemudian Mohammad Nizar dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.
Rabu lepas, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilapor menafikan bidaan nombor plat WWW 1 oleh ayahanda baginda menggunakan wang rakyat. mStar

3 comments:

  1. Woi bodo! Ko pegi jaga geng tarian goyang bontot tu aje lah. Sibuk aje.

    ReplyDelete
  2. lagi lah PENGECUT takut ke mahkamah perancis, kata tak berlaku penyelewengan tapi takut menghadapi kebenaran.

    ReplyDelete
  3. Tak perlu tindakan...Luahan Hati Nizar bukannya membawa kesengsaraan kepada masyarakat tetapi patut disokong kerana ianya untuk kepentingan umum dan orang ramai..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa