Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata, beliau akan lebih tegas dalam gaya kepimpinan berbanding pendahulunya Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang.

Katanya, walaupun Koh membawa pembangunan kepada negeri itu, orang ramai kecewa dengan gaya kepimpinannya, lapor New Sunday Times.

"Dalam situasi kepimpinan, kamu boleh menyesuaikan diri dan kamu harus menyesuaikan diri, jika tidak kamu akan dituduh autoritarian.

"Bagaimanapun, seorang itu tidak boleh dilihat terlalu menyesuaikan diri sehingga dilihat mengikut terhadap setiap tuntutan, gaya saya, saya akan mendengar tetapi akan putuskan sendiri apabila perlu," beliau dipetik sebagai berkata.

Katanya, Pakatan Rakyat sudah "mencipta" tanggapan bahawa semua kesalahan di Pulau Pinang bermula akibat kesalahan kerajaan terdahulu pimpinan Gerakan dan BN.

Bagaimanapun, Teng menegaskan partinya kini mempunyai kepimpinan baru. - mk