Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 10, 2012

Inilah Hasil Gatal Mulut Nizar: UMNO Memang Bila Menagguk Peluang

Tertutup sudah peluang Pakatan Rakyat di Johor?


Hasil dari spin media Umno ke atas tweet yang Hj Nizar buat pasai no plat WWW1 bernilai RM520k, nampaknya Umno berjaya ujudkan persepsi positif yang cukup kuat untuk Umno.

Hj Nizar bersungguh-sungguh dispin sebagai mengkritik Sultan Johor atau bahasa mudahnya menderhaka kepada Sultan Johor dan rakyat Johor diajak untuk mempertahankan sultan kesayangan depa.

Kalau masa krisis Perak dulu, sekurang-kurangnya Hj Nizar sempat jugak ucapkan "Sembah Derhaka" sebelum buat aksi yang dilabel sebagai menderhaka bila takmau letak jawatan bila diarahkan oleh Sultan Perak dan dari segi perundangan memang terbukti tindakan Hj Nizar tu tak salah dan tak bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Untuk isu plat WWW1 ni, Hj Nizar cuma mampu minta maaf sambil cuba kurangkan damage dengan kata tindakan dia tu atas kapasiti sebagai rakyat.


Pemuda Umno bertindak bijak dengan umumkan akan anjurkan satu demonstrasi untuk menyatakan sokongan kepada Sultan Johor.

Mulanya depa menganggarkan akan disetai oleh lebih 5,000 penunjuk perasaan dengan 300 NGO. Sehari sebelum himpunan ni penganjur mensasarkan jumlah tu meningkat ke 10,000 penunjuk perasaan.
Hari ni Bharian melaporkan:
[Sumber: Bharian]
Gambar atas dan bawah ni aku cilok dari blog Umno. Hangpa agak sendiri capai ka dak angka 30,000
          
Pada aku tak kira la capai ka dak angka 30k tu. Tapi kalau seramai macam dalam gambar tu turun ke himpunan tu dah cukup untuk tunjukkan yang Pemuda Umno Johor memang dah berjaya.

Kalau semangat macam ni Umno dapat kekalkan sampai ke PRU13, peluang untuk Pakatan Rakyat untuk rampas Johor nampak macam dah tertutup rapat kecuali kalau Pakatan Rakyat mampu buat sesuatu 'kejutan luar biasa'.

5 comments:

  1. jangan takutlah yg tak sokong lagi ramai

    ReplyDelete
  2. Ada tak trak FRU dan semburan air kimia daripada water canon serta polis-polis anjing dari pulapol yang membelasah rakyat ketika BERSIH 3.0 tu hari?

    ReplyDelete
  3. Syabas org Johor, teruskan dgn sikap melayu totok kamu.

    ReplyDelete
  4. Ini baru permulaan permainan Brinkmanship MB Nizar. Kita tengok Terengganu nanti.

    ReplyDelete
  5. aku taat setia kepada Allah Taala dan rasullah. hidup Islam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa