Kan selalunya kalau Pembangkang laju berdesing!
Siasat jangan tak siasat. Ikutlah kata siKatak sembab mulut busuk tu
Tapi siasatlah siMamak Tua dan Kabinetnya sekali
Dan sekiranya BN kalah di PRU13, Pah ko mu pun kena siasat.
Rakyat nak tahu jugok, mu kayo harta mari mmano....
Siasat akaun RM3 bilion
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan Anwar yang seperti ‘menikus’ itu menimbulkan persoalan kerana beliau sentiasa aktif menjawab dakwaan atau melemparkan tuduhan menerusi Twitter miliknya hampir setiap hari.
Jelas beliau, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar mempunyai tanggungjawab besar dalam menjawab hal akuan berkanun tersebut kerana segala akaun itu secara logik diperoleh sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.
“Namun, setelah berhari-hari perkara itu dibangkitkan, Anwar tidak pula menjawabnya sama ada di Twitter atau Facebook sedangkan kita tahu beliau aktif di laman sosial," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kelmarin, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyarankan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion milik Anwar itu kerana boleh dikaitkan dengan tuduhan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.
Ibrahim yang memandang serius hal tersebut juga telah membuat laporan polis dan mengemukakan surat rasmi kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed bagi mendesak siasatan terhadap dakwaan Abdul Murad itu dibuka semula.
Menurut Azwanddin, SPRM perlu bertindak tegas dan pantas dalam menyegerakan siasatan tersebut kerana ia merupakan perkara berkepentingan awam dan berupaya memberi penjelasan sebenar kepada rakyat.
“SPRM sudah boleh memulakan siasatan mengenai perkara ini kerana ia badan bebas dan setahu saya, kalau risalah dan surat layang pun SPRM siasat, ini kan pula akuan berkanun," katanya.
Sementara itu, Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, langkah Anwar yang terus berdiam diri membuktikan beliau tidak mampu menjawab hal itu seterusnya gagal membersihkan namanya.
Katanya, setiap rakyat Malaysia yang berfikiran waras sudah tentu menilai Anwar mempunyai sesuatu yang cuba disembunyikan berhubung hal tersebut.
“Anwar dikenali sebagai seorang yang suka buat bising, tapi dalam hal ini dia senyap ibarat burung berkokok tapi ekor dipenuhi tahi.
“Sudah tentu, beliau kini sedang dilanda sindrom kecut perut," katanya.
Bagi Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris pula, siasatan itu penting bagi memberi ruang secukupnya kepada golongan muda di negara ini mengenali Anwar memandangkan kumpulan itu masih di bangku sekolah sewaktu perkara tersebut didedahkan kira-kira 13 tahun lalu.
Katanya, ia juga merupakan faktor golongan itu menjadi sasaran Anwar mendapatkan sokongan kerana mudah termakan pujuk rayu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.
“Mereka melihat Anwar sekarang seperti insan suci sebagai pemimpin sedangkan mereka tidak pernah tahu sejarah Anwar sebelum ini," katanya.
pak mahathir ni dah jadi karun,mestilah dia takut kalau orang lain mahu lawan sama dia.lawan nak jatuhkan dia.kalaulah boleh udara yang disedut pun dia nak sukat kenakan bayaran.
ReplyDeleteFitnah terhadap DSAI tidak akan berkesudahan kecuali beliau sanggup bersara dari politik seperti Musa Hitam, jikalau bersara, bukan sahaja tidak di usik lagi malah akan di hadiahkan pelbagai jawatan pula.
ReplyDeleteBerkaitan simpanan 3 billion, ini bukan cerita baru, ini cerita lama sejak zaman Mahathir lagi, jika perkara tersebut betul sudah lama Anwar didakwa di Mahkamah dan dipenjarakan.
Kerana perkara ini tidak benarlah maka terpaksa direka cerita liwat (1).
rakyat dah naik mual dan bosan gaban mendengar cerita ulang tayang ulang dendang tentang keburokkan serta salahlaku anwar ibrahim dengan pemimpin pakatan rakyat[pr].kesemua 1001 kebaikkan serta kebajikkan yang dilakukan oleh anwar dan pr tak ada satu pun yang betul.sehingga rumah TGNA yang burok itu pun boleh dikalih kepada banglo entah sesiapa yang empunya dikatakan milik beliau.wahai bn/umno/apco didalam kesemua 1101 perkara yang kamu lakukan tidak satu pun ada yang salah. termasuk memperlekehkan hukum allah swt serta kekasihnya nabi saw.adalah tidak salah.janganlah bongkak serta memaksumkan diri.sekarang rakyat mahu kesemua pemimpin serta kakitangan kerajaan mengistiharkan kesemua asset,dana simpanan dan disertakan dengan bukti bagaimana diperolehi,keluarga mereka tidak dikecualikan.terima kasih pr rakyat tidak lagi dibawah tempurong.
ReplyDelete