Siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud masih belum diselesaikan, kata Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Hadenan Abdul Jalil.
"Mereka masih belum lengkapkan kes. Jika (kes) sudah ditutup, sekurang-kurangnya saya akan umumkan hari ini," katanya.
Katanya, kes itu masih terbuka kepada siasatan.
Taib, ketua menteri paling lama di Malaysia, dituduh atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa. Beberapa laporan dibuat terhadapnya tetapi SPRM dilihat masih membisu dalam siasatan itu.
Tahun lalu, Datuk Seri Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed mengakui sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib, terutamanya berhubung isu konsesi pembalakan negeri.
Bukan sahaja SPRM, badan kawal selia kewangan Switzerland juga menyiasat dakwaan aset tidak sah berkaitan Taib yang disimpan di bank di negara itu.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa