Pelbagai pihak di Johor terus mengecam tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Hari ini lebih 500 anggota 26 badan bukan kerajaan mengadakan perarakan kira-kira tiga kilometer dari Menara Landmark ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan bagi mengecam tindakan Mohammad Nizar itu.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu Khaled Mohamad berkata perarakan secara aman itu bertujuan menyampaikan memorandum kepada pihak berkuasa agar mempercepatkan siasatan mengenai isu berkenaan.
"Penduduk di negeri ini marah dan kesal dengan kebiadaban Mohammad Nizar dan mahu tindakan tegas diambil terhadap beliau supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain," katanya kepada pemberita.
Isnin lepas, Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempersoalkan pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW1 oleh Sultan Ibrahim dalam Twitternya.
Sementara itu, lebih 100 anggota Gerakan Belia 4B Johor dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia negeri turut berarak kira-kira 100 meter dari Pusat Penerangan Pelancongan Johor sehingga luar pekarangan Istana Besar.
Pengerusi Gerakan Belia 4B negeri Syahrin Md Jamaluddin meminta masyarakat menilai sikap sebenar segelintir pemimpin pembangkang yang sanggup mempertikaikan Raja-Raja Melayu di negara ini.
- Bernama

ini demo bodek. nanti boleh laa dapat pingat.
ReplyDeletelepas pru i3 ni kita tukar kerajaan johor kepada pr, baru ada perubahan mudah2an tak ada lagi orang miskin di johor....
ReplyDeleteBODEK TAHAP GABAN, BOLEH BAGI SYAFAAT KE ORANG YANG DIBODEK TU. BERPATUT-PATUT LE BUAT TINDAKAN, SETIAP TINDAKAN KITA AKAN DIPERSOALKAN DI AKHIRAT NANTI. KEMATIAN ADALAH PERMULAAN BAGI KEHIDUPAN YANG KEKAL ABADI YANG TIADA PENGHUJUNGNYA, KALAU CAKAP MATEMATIKNYA = INFINITI.
ReplyDeletePUAK2 NI DILIHAT MACAM MANUSIA KURANG CERDIK...
ReplyDeletePUAK2 NI DILIHAT MACAM SPESIS KURANG CERDIK...
ReplyDelete