4 Jun 2012
KLUANG - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan pihak keselamatan akan melakukan segala yang terdaya mengikut undang undang, demi memelihara keselamatan awam di negara ini sebelum dan selepas Pilihan Raya umum ke-13 (PRU13).
Katanya, andai ada pihak yang bertindak mencetuskan huru-hara ketika negara menghadapi pilihan raya umum, polis akan memastikan ketenteraman awam terjaga, sekalipun ketika itu negara hanya ditadbir kerajaan sementara.
"Apabila mereka sanggup memperalat dan memperkuda pelajar, tidak mustahil sekiranya pilihan raya umum tidak memihak mereka, mereka sanggup menghuru- harakan jalanan di atas nama hak, di atas nama kebebasan atau di atas nama hak asasi. Saya tidak tolak kemungkinan perkara ini berlaku," katanya hari ini.
Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Taman Sri Lambak di sini.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilapor berkata pembangkang akan mencetuskan huru-hara jika mereka kalah pada pilihan raya umum akan datang.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata terdapat kumpulan tertentu yang sanggup menggadaikan kesemuanya termasuk bangsa dan agama serta kedudukan tanah air dalam mengejar cita-cita mereka. - Bernama

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa