Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 4, 2012

Prof 'Babi Gila'?

Penghinaan Orang Bertaraf Prof Terhadap Tok Guru Nik Aziz 

Saya baru mendengar kritikan dan cercaan seorang Dr bernama Nasoha Saabin yang tahap pendidikan dan ilmunya bertaraf  profesor terhadap Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya terkejut mendengar cercaan ataupun tuduhan yang kepada saya agak melampau dan tidak wajar keluar dari mulut seorang berdarjat sarjana setinggi itu.

Saya tidak dapat menahan marah dan rasa terkilan lantas saya terus membuat posting ini setidak-tidaknya bagi menyejukkan gelora di hati. Dengarlah sendiri apa komen sang profesor ini dalam you tube di bawah: 
Profesor ini tiba-tiba diserang jin dan terus naik berang dengan tanggapan atau pun pandangan mengatakan stail dan gaya hidup politik Tok Guru Nik Aziz adalah stail dan gaya Islam atau menempati gaya hidup Nabi Muhammad. Beliau marahkan tanggapan itu sebaliknya menganggap apa yang Tok Guru Nik Aziz lakukan lebih merupai gaya hidup atau stail dajjal dan Iblis.

Alasanya Nabi mengajak manusia kepada Allah sebaliknya Nik Aziz mengajak manusia bersama Pas. Dangkal, jahil dan 'biawak mampos' sungguh pemikiran dan pengamatan minda profesor ini terhadap politik. Jelas beliau jahil tidak dapat menilai dan mengupas serta memahami mantik perjuangan Nik Aziz. Ada juga profesor seperti ini di negara ini.

Kekesatan dan kekasaran beliau menggunakan bahasa dan anologi memburukan Nik Aziz itu saya tidak dapat menerimanya. Pasti kalau kata-kata itu dihemburkan di hadapan saya, saya akan menyempak orang sebegini dan meludah mukanya beberapa kali. Dia ternyata lebih busuk dan kohong dari Salentia yang melacur diri kepada kebendaan dan dunia. 

Orang digelar prof ini saya percaya membuat pernilaian demikian terhadap siasah Nik Aziz berdasarkan kepercayaan beliau bahawa Tok Guru itu membuat pernyataan bahawa undi Pas akan masuk syurga atau perjuangan Pas adalah menyamai perjuangan Rasulullah? Pernyataan ini tidak disetujui oleh profesor ini dan inilah menjadikan dia persis babi gila yang menyodok bukit rendah.

Tidak mengapa kalau tidak bersetuju atau hendak mencerca Nik Aziz. Sebaliknya apa yang perlu diketahui apakah sahih bahawa beliau (Nik Aziz) ada membuat pernyataan demikian; undi Pas masuk syurga? Kalau Nasoha tidak dapat mengesah atau mendengar sendiri pernyataan Nik Aziz itu maka jelas beliau membuat kesimpulan dan melebelkan Nik Aziz tanpa bukti-bukti yang jelas dan konkrit. Apakah itu bukan fitnah dan bukankah fitnah itu kawan syaitan? Di sini siapakah yang memakai akhlak syaitan dan iblis?

Saya percaya cercaan Nasoha kepada Nik Aziz itu berdasarkan dakwaan seorang mufti kononnya Nik Aziz ada membuat kenyataan demikian.  Kalau benar begitu Nasoha tidak boleh membuat tuduhan dan ulasan begitu kerana mufti itu sendiri belum memberi bukti yang Nik Aziz berkata demikian. Sampai ke hari ini mufti itu diam membisu apabila Nik Aziz meminta bukti atas tuduhan dan dakwaan itu.

Adalah malang kalau orang bertaraf prof dianggap sebagai mursyid juga bertindak seperti sesetengah ketua cawangan parti politik atau pun turut sama menjalankan kerja-kerja syaitan atau bercakap sambil berkomor air liur syaitan seperti mana sesetengah dilakukan oleh editor akhbar PB. Nampaknya negara ini ditimpa malang yang bermalangan kerana bukan saja orang politk mulut busuk, ulama dan sarjana kepala botak juga mula dhinggap penyakit birat mulut.

Dalam pemerikasaan di geoogle, Nasoha merupakan anak Melayu pertama mendapat kelulusan sarjana dalam bidang Optometri dari Universiti Melbourne Australia. Sekarang beliau merupakan dekan di Fakulti di International University College of Tehnology Twintech, Pengerusi Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd dan Pengarah dan Perunding Utama di Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd. (Sila rujuk: http://mthago.wordpress.com/drn/)

Selain itu beliau juga seorang pemuja Mahathir Mohamad dengan mengarang syair, puisi dan lirik-lirik lagu menyanjung tinggi Mahathir Mohamad. Dari latar belakang aktiviti itu jadi tidak hairanlah kalau profesor ini bertindak macam profesor gila[wm.kl.12:13 t/malam 04/06/12] - MSO

7 comments:

  1. kalau dah prof pun bewok..apa nak dikata lagi..kesian.

    ReplyDelete
  2. ada setengah profesor kangkung..
    yang ni memang bewok.

    ReplyDelete
  3. Memang SAH!!!!Ni lah proffesor kangkung yg dinyatakan oleh Dr Mahathir....setuju sangat dgn pandangan di atas...prof biawak dgn mentaliti barbarian....!!!!

    ReplyDelete
  4. Beliau prof tetapi beliau lihat, apakah abu lahab dan seangkatan nya tidak bijak, mereka juga hebat dgn puisi dan syair dan teguh amalan nenek moyang. Mereka menolak muhammad seperti kata Prof kerana Muhammad bukan ulama, Prof tertinggal sedikit sahaja kerana tidak mengambil sabda Muhammad yang ulama itu pewaris nabi. Inilah akibat menolak sedikit dari sabda Rasulallah maka diri sendiri juga menjadi seperti Abu Jahal.

    ReplyDelete
  5. Ampusana. Ampusini.

    ReplyDelete
  6. Ampusana. Ampusini. Bodek. Prof ni lebih taqwa dpd TGNA? Berapa banyak hadis yang ia hafal dan amalkan? Hafal Quran? Mengaji di mana? Nilaikan diri sendiri sebelum menghina TGNA atau orang lain.

    ReplyDelete
  7. mitok maaf pak din...ambo kalu prof bewok nie kkecek gitu depe ambo ambo tampar dderah ppipi dio..biar dio kabar...bahwa hok dio kato tu membabi buto...dio nie sene2 jah wat kesimpulan tanpa cuba berfikir dengan lebih logik apa SEBENARNYA TGNA maksudkan...waso profesor bengung!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa