Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 12, 2017

Alasan pindah Pengkalan TUDM tu logik tapi setelah pindah diserahkan pada siapa?

Pemindahan pangkalan udara atas faktor keselamatan - Panglima TUDM
 April 10, 2017 20:38 MYT
Pemindahan pangkalan udara atas faktor keselamatan - Panglima TUDM
AFFENDI: PU KL bukan lagi tempat yang sesuai dijadikan pusat operasi untuk tentera udara. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemindahan Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PU KL) di Sungai Besi ke Pangkalan Udara Sendayan (PU Sendayan) dibuat berdasarkan faktor rasionalisasi daripada aspek operasi dan keselamatan, kata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Katanya, kepesatan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur telah menyebabkan perubahan landskap di sekitar PU KL, yang kini padat dengan penduduk dan terletak berhampiran Lebuh Raya Sungai Besi, menjadikannya tidak sesuai lagi sebagai pusat operasi TUDM.
Keduanya, kawasan ini (PU KL) amat terdedah dengan ancaman luar disebabkan lokasi PU KL sekarang ini yang kita lihat lebuh raya dan kawasan perumahan yang berdekatan seperti yang kita tahu dengan ancaman ada sekarang ini, ia boleh dilancarkan daripada kawasan tersebut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurutnya kedudukan PU KL yang terdedah kepada umum itu turut menyukarkan pihak TUDM untuk memberi perlindungan mantap sebagai kawasan operasi ketenteraan kerana terdedah kepada aktiviti pengintipan. - sumber
Kaitan: 


No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa