Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 14, 2013

Laa....Rupanya Khairy Betul-Betul Tibai Punya!

Pada mulanya aku ingat gitu-gitu jer
Rupanya Khairy tibai pakai tukul besi - Bengkak dan menyakitkan!
Patutlah Jamal Nasir tak lena tidur.....

FAM abaikan program pembangunan punca bola sepak negara merosot, kata Khairy
OLEH MD IZWAN
Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) menyalahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai punca kepada kemerosotan bola sepak negara kerana tidak memfokuskan kepada program pembangunan.
"FAM tidak fokus dalam pembangunan bola sepak negara. Bajet lebih banyak dibelanjakan untuk liga Malaysia dan pasukan senior kebangsaan.
"Dari segi pembangunan langsung tidak ada fokus utama daripada FAM," kata Khairy di Dewan Rakyat hari ini.
"Kita tidak boleh serah kepada FAM kerana sorry to say FAM terlalu lama abaikan soal pembangunan bola sepak," katanya lagi.Ekoran masalah itu, Khairy berkata Putrajaya tidak boleh lagi bergantung kepada FAM semata-mata untuk memperbaiki mutu bola sepak negara.
Dalam pada itu, Khairy juga mengumumkan program Pelan Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan akan dilancarkan pada Januari tahun depan khusus memfokuskan kepada program pembangunan.
"Yang berikan fokus kepada pembangunan adalah kerajaan melalui jawatankuasa pembangunan bola sepak yang berada di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Sebab itu pada bulan Januari depan nanti, Perdana Menteri akan lancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan yang mana akan dikendalikan oleh kerajaan menerusi KBS dan Kementerian Pendidikan dengan kerjasama FAM," ujarnya lagi.
Sementara itu, Khairy turut mengumumkan bekas pemain kebangsaan dan pembantu jurulatih di Bayern Munich, Lim Teong Kim juga telah dilantik sebagai pengarah teknikal dalam pelan tersebut.
Berdasarkan kedudukan terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) Julai lalu, skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal kekal di tempat ke-159, sama seperti bulan lepas.
Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158, Februari (159) Mac (164), April (163) dan Mei (161).
Kedudukan terbaru itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Palestin (151), Bangladesh (152), Maldives (154) dan Chad (160).
Di kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal berada di tangga kelima di belakang Thailand (138), Filipina (144), Vietnam (145) dan Singapura (156).
Di peringkat Asia pula, Malaysia kekal pada kedudukan ke-31 daripada 46 buah negara.  – 13 November 2013.

2 comments:

  1. Ni bukan tukul besi ni,dah pakai kapak terus ni

    ReplyDelete
  2. Dicadangkan KJ membuat teguran dgn bahasa puitis, indah lagi berseni. Keutamaan sekarang adalah FAM diikuti oleh mutu permainan pasukan bolasepak, bukan sebaliknya. Biarkan saja mutu tersebut spt yg ada sekarang atau merosot asalkan FAM itu gah, barulah rakyat dan peminat bolasepak boleh bebangga.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa