Macam kisah di TV
Bezanya kisah di tv yang dilarikan tu kereta polis 'jahat'....
Lalai atau kerja sambil lewa, ambil mudah
Apa jadi kalau pistol itu dihalakan tepat kepada polis?
Apa jadi kalau ada orang awam yang ditembak?
Kes MPV: KPN jamin siasatan terperinci
GEORGETOWN - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan polis akan menyiasat secara terperinci berhubung kes seorang pemuda melarikan kereta peronda polis (MPV) dan ditemui maut selepas MPV itu merempuh perhentian bas.
Beliau juga memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana anggotanya jika didapati terbabit dalam kematian pemuda itu yang disahkan meninggal dunia akibat tembakan di kepala.
"Setakat ini siasatan awal kita mendapati kecederaan di kepala lelaki itu adalah ditembak olehnya sendiri. Bagaimanapun kita akan menjalankan siasatan secara terperinci.
"Saya sendiri akan ke Kuantan, Pahang petang ini untuk menemui anggota (polis) yang terlibat dalam kejadian untuk menyoal mereka bagi mengetahui situasi sebenar," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Khalid yang ditemui selepas merasmikan Program Pencegahan Jenayah oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pulau Pinang diminta mengulas kenyataan bapa lelaki itu yang tidak berpuas hati apabila laporan bedah siasat bercanggah dengan kenyataan polis berhubung punca kematian anaknya.
Abdul Nasir Abdullah, 50, dilapor akhbar hari ini sebagai berkata laporan bedah siasat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah itu menyatakan kematian anaknya disebabkan oleh tembakan di kepala, bukan kerana terhentak pada stereng kereta seperti yang dinyata oleh polis.
Dalam kejadian 12.30 tengah malam Khamis lepas di susur keluar Plaza Tol Chenor Lebuhraya Pantai Timur, pemuda berusia 22 tahun itu bertindak menyerang anggota polis dan merampas pistolnya sebelum melarikan MPV berkenaan.
Dia yang dipercayai mengalami masalah mental turut melepaskan empat das tembakan secara rambang dari dalam MPV sebelum kenderaan itu terbabas dan merempuh perhentian bas di persimpangan Kampung Bukit Lada, Maran.
Mengulas lanjut, Khalid berkata polis tidak menghalang jika keluarga lelaki itu mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Polis Diraja Malaysia.
Mengenai anggota yang terlibat dalam kejadian itu, Khalid berkata mereka yang berkenaan akan berdepan dengan tindakan tatatertib kerana cuai dan menyebabkan MPV dilarikan oleh suspek. - SH
* Baca berita sebelumnya
1. kerana terhentak pada stereng kereta seperti yang dinyata oleh polis.
ReplyDelete2. "Setakat ini siasatan awal kita mendapati kecederaan di kepala lelaki itu adalah ditembak olehnya sendiri".
dua2 kenyataan polis.
yang benar akan timbul juga akhirnya
ReplyDeleteKalau polis tembak sekalipun, bagi saya, ianya adalah patut. Bayangkan budak merampas pistol polis, menembak 4 das tembakan rambang..... Kalau terkena polis, 4 orang akan mati. Dah tu memandu secara berbahaya, kalau terlanggar orang awam, berapa pulak yang akan mati? Kira polis cukup sabar kerana tak menembak budak tu walaupun merampas pistol dan memandu kereta hingga 4 jam. Kenapakah awak semua buta perut tak memikirkan keselamatan org ramai? Bila budak tu mati ditembak, pakat2 bersimpati konon!!!!..
ReplyDeleteMaaf sedara.membahayakan public satu perkara.
Delete2.Tindakan balas utk keselamatan perkara lain.
3.ikut sop perkara lain.
4.laporan tipu perkara lain.
Yg dipertikai laporan tipu.kenapa perlu tipu.org kita bkn buta huruf thn 20an.tipu tu lah yg jadi masalah.mcm ade benda yg nak disorokkan.takut apanya.tak ada org nak kisah kalo tembak org yg membahayakan nyawa anggota keselamatan dan awam.tapi jgn menipu.sekali tipu payah dah nak percaya.seperti yg terjadi kpd kerajaan bn.walau buat betul org tetap akn kata temberang.inikan pulak beratus kali menipu.fikirkan laaaa.
Susah nak melayan orang sakit jiwa nie.
ReplyDeleteDia hentak kepala kat stereng kreta, tak mati, ambik spitol tembakalah sendiri. Malaysia boleh
ReplyDelete