Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 14, 2013

Nak Cari Salah Atau Tunjuk Bijak?

Takyah soal SOP polis
Kalau dah binatang buas
Kenalah layan dan jaga selayaknya sebagai binatang buas!

Polis minta orang awam rasional komen tangkapan kes bunuh pegawai AmBank

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan hari ini meminta orang ramai bersikap lebih rasional dalam memberikan komen terhadap kaedah yang digunakan polis semasa menangkap suspek utama kes bunuh pegawai bank Ahad lepas.
Anggota-anggota yang memberkas suspek utama itu tahu apa yang perlu mereka lakukan serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, katanya kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Himpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komen berhubung penangkapan suspek utama kes itu di sebuah laman sosial yang mempersoalkan keperluan suspek itu dikawal oleh sekurang-kurangnya empat orang didakwa komando Unit Tindakan Khas yang lengkap bersenjata dan bertopeng muka.
"Kita kena lihat ia kes jenayah profil tinggi, dia (suspek) melarikan diri, kami tidak mahu dia membunuh orang lain atau mencederakan dirinya sendiri dan kami mengambil kira dari semua sudut.Kes pembunuhan kejam pegawai AmBank Norazita Abu Talib di Subang Jaya, dekat sini 23 Oktober lepas merupakan kes berprofil tinggi dan menimbulkan kemarahan orang awam menyebabkan kes itu perlu menggunakan anggota terlatih dan pakar, katanya.
"Biar kami lakukan kerja kami, kami ada SOP dan kami tahu apa yang kami lakukan. Kami mentafsir dan menilai mengenai keselamatan dan kami tahu apa kami buat," katanya. - Bernama, 13 November, 2013.

1 comment:

  1. Setuju bab penjenayah ini sah jelas berbahaya, ok fine! Aminulrashid tidak pula menembak sesiapapun, itu SOP mana yg dipakai? 2 UTK dlm kes Altantuya, adakah tidak berbahaya sebab guna pistol diikuti dgn C4? Ini SOP mana pula? Ada berapa jenis SOP dlm gerakerja polis? Mintak explain!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa