'Apa yang hebat sangat tentang Gani Patail?'
Ghani Patail - AG
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu bimbang sekiranya Najib tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas gesaannya agar satu suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.
Mat Zain memberitahu Malaysiakini, beliau beranggapan bahawa Najib melindungi Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan mengabaikan tuntutan dalam pengakuan berkanunnya, yang dibuat pada 7 Oktober lalu.
Dalam dokumen tersebut, Mat Zain turut menggesa akan satu tribunal dibentuk untuk menyiasat dakwaan salahlaku Gani dan juga RCI ke atas kes Pulau Batu Puteh.
"Jika seorang menteri persekutuan kanan boleh didakwa dengan tuduhan membunuh dan disabit kesalahan, jika seorang Presiden Mahkamah Agung boleh dihadap ke satu tribunal dan dilucutkan jawatan, dan jika seorang IGP boleh didakwa atas tuduhan menyerang seorang tahanan dan didenda dan dipenjara... apa yang hebat sangat tentang Gani Patail?,” soalnya.
Beliau merujuk kepada kes bekas menteri belia dan sukan Datuk Mokhtar Hashim, yang disabitkan kesalahan dalam kes pembunuhan bekas Speaker Negeri Sembilan Mohd Taha Talib, bekas Presiden Mahkamah Agung Tun Salleh Abbas dan bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mat Zain turut mengemukakan SD tersebut – yang berkisar mengenai pertemuannya dengan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – kepada ketua setiausaha negara Tan Sri Ali Hamsa, peguamcara negara Datuk Idris Harun dan ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Setakat ini hanya Khalid yang telah mengulas mengenai SD berkenaan. Beliau berkata dakwaan itu sepatutnya diteliti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
# Aku kata: sepatutnya siasatan dalam bentuk RCI atau apa-apa jua namanya yang sah di jalankan untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan dari individu-individu itu sama ada benar atau tidak termasuk dakwaan Dr. Mahathir
Ghani juga sepatutnya rela disiasat untuk membersihkan namannya sekiranya dia tidak terlibat dan meresa bersalah
DAH WAJIB PANCUNG KEPALA GHANI 4TAIL DIHADAPAN KHALAYAK RAMAI DIDATARAN MERDEKA
ReplyDeleteBeginilah intergriti yg dibangga-bangga oleh pemerintah. You help me then I help you. Masing2 saling melindungi yg penting sekali mereka melayu ataupun kroni. Dlm hal ini bibir sentiasa rapat, biar pecah di perut jangan......OSA
ReplyDelete