Kenapa nak dikecohkan sangat seolah ini adalah suatu perkara yang maha penting
Bagi aku tak ada keperluannya untuk Khairy menjawab bidasan Siti
Khairy hanya menjalankan tanggung jawabnya sebagai menteri yang secara langsung kemajuan bola sepak di bawah FAM adalah tanggung jawab kementeriannya juga
Dan Siti apakah peranan dia?
Walau pun Siti tidak suka cara Khairy menegur yang dikatakan orang tua
Sedar atau tidak, kekadang orang tua pun patut ditegur secara keras kerana keegoan yang tua biasanya lebih sebab kononnya 'Makan garam lebih dulu' dari yang muda
Tidak semestinya yang tua itu lebih bijak. Kalau pun Jamal bijak bermain bola adakah bijak juga dia di dalam mentadbir dan merancang?
Maaf cakap aku bukan nak perkecilkan sesiapa tetapi hankikatnya - Jamal dan Siti hanya kelulusan SPM tetapi Khairy?
Jamal adalah bekas ADUN, Siti hanyalah artis dan Khairy adalah Menteri
Siti bidas, Khairy masih membisu

NAMA Datuk Siti Nurhaliza tiba-tiba dikaitkan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Dek kenyataan Khairy yang disifatkan kurang manis oleh penyanyi nombor satu Malaysia itu, Siti menegur Khairy di laman mikro Twitter, semalam.
Dalam satu sidang media Isnin lalu, Khairy menyelar bekas kapten skuad kebangsaan yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Jamal Nasir yang dilaporkan terguris hati apabila ada pihak yang mengkritik secara melulu.
“Jika beliau bukan budak suruhan FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Semalam, Siti menulis di akaun Twitter miliknya, “ sebagai menteri muda dan diperhatikan, rasanya Khairy perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu biadab dengan yang lebih tua.”
Status tersebut menerima pelbagai maklum balas dan tidak kurang juga yang mengkritik Siti kerana masuk campur urusan bola sepak negara.
Dalam kenyataan yang dipetik di sebuah akhbar tempatan hari ini, Siti akui teguran tersebut ikhlas terpulang sama ada mahu menerimanya ataupun tidak.
“Siti cuma tidak berapa suka dengan pendekatan Khairy kerana beliau menteri muda dan sentiasa dipandang tinggi.
“Perkataan ‘budak suruhan’ daripada seseorang yang muda sepertinya kepada yang agak tua seperti Datuk Jamal memang kurang manis.
“Ada lagi bahasa yang elok patut digunakan. Siti sekadar menegur, tidak mahu ia menjadi ikutan pula selepas ini. Siti tegur dengan ikhlas, kalau tidak mahu terima, terpulang. Siti hanya rakyat biasa,” katanya.
Sehingga hari ini, isu tersebut masih belum mendapat maklum balas daripada Khairy.
Bahasa dia sendiri dgn Kak Pah dulu tu sopan sangat ke? Atau nak tarik perhatian untuk mendapat peluang jadi calon ke, pemimpin wanita ke, vokal le tu konon! Siapalah kau dlm FAM, berapa juta dah kau sponsor? Kalau setakat peminat bolasepak je, jangan masuk campur, faham!
ReplyDelete