Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 14, 2013

Aikk.....Aku Ingatkan Antara Kemboja Dan Thailand Saja!

Serius?
Dah lebih 50 tahun merdeka masih tak selesai?
Takkan sampai nak berperang kot?

Isu sempadan NS dengan Pahang, Johor serius

Zefry Dahalan  | November 14, 2013
Kekeliruan sempadan di antara Negeri Sembilan dan Pahang masih belum diselesaikan kerana banyak perkara perlu diselesaikan.






SEREMBAN:  Isu persempadanan di antara Negeri Sembilan dengan Pahang dan Johor serius apabila beberapa isu berkaitan masih belum diselesaikan.
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, masalah persempadanan dengan Pahang semakin serius kerana berlakunya aktiviti penerokaan haram di hutan milik Negeri Sembilan termasuk pembalakan haram dan penanaman sawit.
“Kekeliruan sempadan di antara Negeri Sembilan dan Pahang masih belum diselesaikan kerana banyak perkara perlu diselesaikan.
“Saya mendapat laporan banyak kes pembalakan haram dan penerokaan berlaku di sempadan Negeri Sembilan dengan Pahang. Ini disebabkan mereka ingat itu tanah Pahang. Tetapi sebenarnya ia merupakan tanah milik kerajaan Negeri Sembilan.
“Melalui siasatan yang kami lakukan, individu yang yang terlibat dengan kegiatan haram ini bukan menetap di Negeri Sembilan sebaliknya mereka dari luar Negeri Sembilan.
“Oleh sebab itu sukar untuk kita mengesan mereka yang terlibat dengan penerokaan dan pembalakan haram di sempadan Negeri Sembilan.
“Walaubagaimanapun seandainya kita berjaya menahan kumpulan (penceroboh) ini, tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas mereka kerana cuba menceroboh tanah Negeri Sembilan,” kata Mohamad.
Mohamad berkata persempadan Negeri Sembilan dengan negeri Johor juga masih belum dimuktamadkan kerana terdapat beberapa isu persempadanan membabitkan aliran sungai yang tidak dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
“Terdapat 50 peratus belum dipersetujui khususnya sempadanan aliran sungai di antara Negeri Sembilan dan Johor.
“Sungai dijadikan salah satu batu sempadan diantara Negeri Sembilan dan Johor.
“Apa yang berlaku ialah di Johor terdapat beberapa sungai yang telah berubah alirannya di mana aliran tersebut melangkaui sempadan Negeri Sembilan sehingga menyebabkan tanah Negeri Sembilan menjadi kecil.
“Kerajaan Negeri tidak setuju dengan perkara tersebut dan ia perlu diselesaikan segera.
“Nota bantahan juga telah dihantar kepada Kerajaan Negeri Johor berkenaan isu tersebut,” jelas Mohamad lagi.
Walau bagaimanapun Mohamad mengesahkan persempadanan dengan negeri Melaka telah selesai dan kedua-dua negeri bersetuju dengan persempadanan yang ditetapkan terutamanya sempadan di Sungai Linggi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa