Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 2, 2012

Bagus, Pakat-Pakatlah Lindungi Rasuah Supaya Negara Jahannam Kerananya


Nazri minta Shukri Abdull berhenti merungut
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menegur Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull yang merungut tentang kes-kes rasuah yang telah ditolak oleh Pejabat Peguam Negara.

NONENazri dipetik oleh akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily di Kuala
Kangsar Sabtu lalu, sebagai menyifatkan Shukri (kiri) mempunyai watak yang lemah dan tidak sepatutnya merungut secara terbuka.

Malah, katanya, Shukri tidak perlu membuat sebarang penjelasan kepada umum kerana ia merupakan tugas Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa seseorang individu.

Tugas Shukri, tegas Nazri, adalah hanya untuk menyiasat dan "saya harap ini tidak akan mengelirukan rakyat."

Nazri juga mahu Shukri berhenti membuat kenyataan sedemikian pada masa depan.

Beliau mengulas kenyataan Shukri di sebuah forum Khamis lepas bahawa SPRM menyiasat semua tuduhan rasuah yang diserahkan kepadanya, tetapi Pejabat Peguam Negara yang enggan memfailkan kes-kes tersebut di mahkamah atas alasan bukti tidak mencukupi.

2 comments:

  1. bukan mudah utk siasat kes rasuah..kerjasama dalam penyiasatan sangatlah kurang kerana masing2 ada kepentingan..dan suka sama suka.

    berbeza dengan kes2 bunuh, rogol, samun dll

    ReplyDelete
  2. selamba je bg statement yg terang2 cover kroni...what the heck? bloody confident tol bn ni...saje nk test market menjelang pru13 kot....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa