Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 11, 2012

Raja Katak Sipenjilat Jub** Mahathir Buka Mulut Busuknya Lagi!

Sebenarnya mu patut kena dulu brehem. 
Dulu mu pun apa tak kata kat Tunaku Sultan Ismail Petra, Sultan kelantan
Siap lantik Sultan baru lagi...

Ambil tindakan kepada mereka yang hina agama, raja dan negara, elakkan rusuhan kaum, kata Ibrahim Ali

Oleh Nomy Nozwir
August 10, 2012
KUALA LUMPUR, 10 Ogos - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, kerajaan harus tegas dalam mengambil tindakan kepada mereka yang menghina agama, raja dan negara dan bukan hanya membiarkan mereka terlepas dengan permohonan maaf kerana khuatir jika dibiarkan secara berterusan, amalan ini akan mengundang rusuhan kaum.

Menurutnya, Perkasa tidak mahu kejadian kacau bilau dan rusuhan kaum berlaku hanya kerana orang semakin berani menyentuh isu-isu agama, raja dan negara.



Menurut ahli parlimen Pasir Mas itu lagi, kes terbaru apabila wakil rakyat DAP, M Manoharan mengkritik pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei, tetapi dibiarkan begitu sahaja selepas membuat permohonan maaf.

“Beliau perlekehkan kaum Cina Malaysia dan mengangkat orang Cina dari Tanah Besar China dengan menyebut Cina dari China lebih moden berbanding Cina Malaysia.

“Sejak kes Namewee menghina lagu ‘Negaraku’ menerusi video terbitannya sendiri pada Ogos 2007 sehingga sekarang sudah banyak perbuatan biadap,hasutan dan jelas langgar undang-undang dilepaskan begitu sahaja selepas mereka membuat  ‘permohonan maaf’ “ kata Ibrahim dalam kenyataan media yang dikirim kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

“Muktahir ini, kes seorang guru di Johor, Ku Lee Yee yang mengedarkan kepada muridnya, nota pelajaran yang mengandungi karikatur sahabat Rasullulah SAW dengan berwajah khinzir dan sahabat baginda yang lain-lain dengan karikatur yang cukup menghinakan, biadap, lepas begitu sahaja hanya dengan sekadar mohon maaf dan menyesali perbuatannya?

“Adakah beliau benar2 ingin mohon maaf dan menyesali perbuatannya atau kerana takut dikenakan tindakan?” kata Ibrahim lagi.

Katanya, kerajaan haruslah tegas dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyentuh isu-isu sensitif ini jika mahu mengekalkan keyakinan dari majoriti rakyat.

“Jika begitu mudah meminta maaf, maka tidak perlu lagilah diadakan mahkamah.” kata Ibrahim.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa