Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 16, 2012

Warga Jerman Berjaya Dikeluarkan Dari Taman Negara

Gunung Pangkin mana ada ruang untuk mendaratkan Helikopter?
Kalau nak harbour dan hulurkan tali bolehlah kot tapi kadangkala angin agak kuat dan bahayakan Heli.
Warga Jerman berjaya dikeluarkan dari Taman Negara
16/08/2012 3:16am

KUANTAN — Tiga lelaki Jerman yang mengalami masalah ketika melakukan ekspedisi ke Gunung Tahan Taman Negara, Jerantut berjaya dikeluarkan dari kawasan itu lewat semalam.
Seorang daripada mereka, Christian Andres, 19, mengalami kesukaran bernafas dan dihantar ke Hospital Jerantut, manakala nama dua lagi rakyat Jerman itu belum diperoleh.
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata pelancong Jerman berkenaan tiba ke Taman Negara pada 10 Ogos sebelum memulakan ekspedisi ke Gunung Tahan keesokannya.
“Pada 13 Ogos, ekspedisi yang menggunakan khidmat seorang pemandu pelancong itu mula mengalami masalah apabila seorang daripada warga Jerman berkenaan kebas pada kedua-dua kaki dan tangan selain kesukaran bernafas.
“Mereka cuba mendapatkan bantuan dengan menghubungi polis lewat petang semalam bagi mengeluarkan mereka dari hutan itu,” katanya.
Beliau berkata ekoran itu usaha menyelamat dengan menggunakan helikopter bomba cuba dilakukan, bagaimanapun pendaratan di Gunung Pangkin pagi semalam gagal.
Mereka berjaya dikeluarkan pada pukul 6.30 petang semalam melalui darat oleh pasukan penyelamat, katanya. — Kosmo

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa