Saya kat dapur dan Adik ada kat depan di ruangan TV menghadap laptop dengan fbnya.
Tiba-tiba Ruby yang diletakkan di dalam sangkar di ruangan TV bising begitu juga Michelle yang saya letakkan di dalam kandang di luar rumah
Ini kandang Ruby kat dalam rumah
Tiba-tiba Adik memanggil saya dengan suara yang semacam cemas. Saya berlari ke depan dan Adik beritahu sambil tunjukkan sesuatu ke arah bawah kandang Ruby yang diletakkan di beranda. Saya memang nampak kelibat satu lembaga tetapi tidak begitu jelas.
Adik beritahu saya yang ada seorang perempuan tua dengan rambut menggerebang sedang merangkak di bawah kandang Ruby yang kat luar.tu.
Satu kandang untuk Ruby saya letakkan kat luar di beranda rumah. Kekadang ketika Ruby tidak dipakaikan pampers akan diletakkan di dalam kandang kat luar tu.
Kandang Ruby kat beranda (luar)
Saya buka grill dan halau lembaga tu keluar dengan berkata " Kau keluar dari sini. Tempat kamu bukan di sini. Aku tahulah walau pun hujan, kamu bukannya basah. Tak usah nak ngada-ngada cari teduh"
"Kamu keluar dan duduklah di luar pagar belakang sana tu. Kalau kamu tak keluar aku akan bakar kamu!" Sambung saya.sambil menujukkan ke luar pagar belakang rumah.
Lepas tu Ruby pun diam.Lembaga tu pun hilang.
Bila saya masuk ke rumah balik, Adik cerita yang Ruby buat bising sambil melompat-lompat memandang ke arah luar seolah-olah menunjukkan dan memberitahu sesuatu. Itulah Adik memandang keluar dan nampak lembaga tu.
Selepas saya halau hari itu, tak ada lagi lembaga itu ternampak dan Ruby pun tak ada bising-bising di dalam bulan Ramadhan ni. Tapi lepas ni tak tahulah.
Kandang Michelle kat luar rumah di tepi pagar sebelah tepi rumah
wah.. tumpang lalu je tu.. selamat hari raya pak din.
ReplyDeletehang nak cerita apa nih
ReplyDeletemr edz
ReplyDeleteMungkin kot.
Apa pun selamat hari raya aidilfitri dari pak din sekeluarga semoga bergembira